berita

‘Tak Kisah Nikah Di Mana, Yang Penting Kami Dah Jadi Suami Isteri’ – Tom

March 1st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pada Ahad lalu, pasangan program Gegar Vaganza musim sembilan (GV9) Fuad Rahman dan Tom bernikah di Batam, Indonesia.

Artikel Berkaitan: Fuad Rahman & Tom Sah Bergelar Suami Isteri, Pilih Nikah Di Batam Indonesia

Plan berjalan dengan baik

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Tom memuat naik video yang memaparkan keterujaannya sejurus usai majlis akad nikah.  Tom, 36, bersyukur kerana segala perancangan berjalan dengan lancar.

Teruja betul Tom dah jadi isteri abang Fuad. Lega.. apa yang kita rancang berjalan dengan baik. Syukur.

Di entri yang berbeza, pemilik nama Raja Farah Afzal Raja Ikram menyatakan lokasi pernikahan tidak menjadi isu asalkan mereka sah menjadi pasangan suami isteri.

Selain itu, dia juga tidak sabar untuk meraikan berita gembira ini bersama anak-anak.

Tak sabar nak sambut dengan anak-anak. Alhamdulillah, semuanya sudah selesai di sini. Biar la di mana pun, yang penting pernikahan ini sudah terjadi. Kami dah officially suami isteri.

Sebelum ini, pengurus Tom, Alan Ahmad mengesahkan, mereka sudah bernikah di negara jiran atas sebab-sebab tertentu.

Terdahulu, Tom dan Fuad pernah menjalinkan hubungan cinta sekitar tahun 2005 namun ikatan itu terputus pada 2010 apabila Fuad ditahan pihak polis Singapura dan dijatuhkan hukuman penjara akibat penyalahgunaan dadah.

Hubungan mereka kembali bertaut selepas sama-sama terbabit dalam program Gegar Vaganza musim ke sembilan (GV9).

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×