Kontroversi yang melibatkan rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isteri, Nurul Shuhada masih belum menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nurul Shuhada Nafi Sengaja Sebar Aib, Doakan Kebahagiaan Sekiranya Hafidz Roshdi & ‘Penyondol’ Kahwin
‘Honeymoon’ Disember lepas?
Terbaru, Shuhada dilihat menjawab pertanyaan daripada seorang pengikut mengenai gambar kaki yang dimuat naik oleh wanita yang didakwa sebagai penyondol, Athira Yuhada.
Soal netizen itu, ‘adakah foto kaki yang diambil itu milik pasangan berkenaan?’
Tanpa berselindung lagi, Shuhada mengiyakan lalu mendedahkan lokasi tersebut adalah di sekitar Port Dickson. Dakwanya lagi, bilik itu telah ditempah di bawah nama si ‘pelakor’.
Mandi wajib bersama
Selain itu, wanita berusia 29 tahun ini juga mendakwa mempunyai bahan bukti mengenai aktiviti perselingkuhan Hafidz dan Athira. Namun, dia menyerahkan kepada Allah SWT untuk menghukum.
Tegasnya, dia dan anak-anak tidak akan pernah memaafkan perbuatan yang telah dilakukan oleh dua individu terbabit.
Minggu lalu, Shuhada mendakwa Hafidz telah menumbuk sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.
Gara-gara perbuatan itu, Shuhada menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.
Sebelum ini, Hafidz berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.
Pada 23 Februari lalu, Hafidz kemudian menceraikan Shuhada dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.
Sumber: Instagram