Sebelum ini, kecoh mengenai hubungan pelawak Shuib Sepahtu dengan Watie Hanifiah selepas tular foto yang menampakkan pantulan imej seorang wanita yang dipercayai usahawan itu pada cermin sebuah restoran mewah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Baju Sedondon Ke Konsert, Netizen Dakwa Watie Kekasih Shuib?
Artikel Berkaitan: ‘Eh Ada Pantulan’ – Netizen Nampak Sosok Tubuh Watie Makan Malam Bersama Shuib?
Sahkan hubungan
Memetik laporan Harian Metro, Shuib, 38, akui sedang berkawan rapat dengan Watie.
Saya tidak nafikan, kami dalam fasa baru berkawan.
Selain itu, Watie turut memuat naik video di Instagram (IG) mengenakan busana hitam sedondon dengan Shuib serta anak-anak, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.
Ada sokong, ada tidak restu
Selepas mengesahkan hubungan tersebut, ruangan komen di IG Watie dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada warganet.
Menerusi hantaran itu, rata-rata pengikut merestui hubungan dengan pemilik nama Shahmira Muhammad.
Ada juga segelintir netizen yang berpesan kepada bakal ibu tiri untuk menjaga keempat anak Allahyarham Siti Sarah dengan baik.
Bagaimanapun, timbul juga wargamaya yang menentang selain meminta Watie untuk mengubah penampilan agar tidak lagi nampak ‘menonjol’.
Sebelum ini, bapa kepada empat orang anak itu pernah menafikan hubungan istimewa dengan wanita itu.
Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun tiga bulan.
Sumber: Harian Metro & Instagram @iamwatie