berita

Shuib Dan Siti Sarah Tiada Sefahaman

December 4th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Shuib telah mengaku tiada persefahaman ketika berlakon bersama isterinya Siti Sarah. Menurutnya mereka berdua jarang menemui kata sepakat tentang lakonan masing-masing jika digandingkan bersama. Kadang-kala pekara seperti ini menyebabkan perselisihan faham antara kami berdua, katanya ketika pelancaran filem Usin UFO, baru-baru ini.

Tambahnya lagi, pernah ketika pengambaran filem Man Sewel sebelum ini, dia dan Siti Sarah langsung tidak sependapat dan sering bergaduh, hanya kerana membincangkan watak dan peranan masing-masing dalam filem itu.

“Saya pun tidak tahu, mengapa kami tidak sefahaman. Mungkin juga kerana pemikiran saya sebagai seorang pelawak dan pelakon agak berbeza dengan dia sebagai seorang penyanyi,” ujarnya lagi, dipetik dari murai.

Disebabkan itu, Shuib terpaksa menolak jika ada produser yang mahukan dia dan isterinya digandikan bersama dalam produksi dan filem atau drama yang sama agar perselisihan tidak akan berlaku akibat daripada tiada sefahaman antara mereka berdua.

Namun, dia tidak akan menolak jika diundang untuk membuat persembahan bersama isterinya kerana berasa lebih serasi dan mengakui Siti Sarah lebih banyak idae berbandingnya ketika membuat persembahan.

“Namun saya tidak nafikan, jika kami sama-sama buat persembahan di atas pentas, ada pula keserasian itu. Malah Sarah memang seorang yang pandai melawak dan banyak idea untuk bercakap dan kadang dia lebih lawak dari saya,”  ujar Shuib lagi.

Shuib juga bakal membuka empayar perniagaannya dan menjadi duta kepada kedai dobi ‘Aquanano’ yang diharapkan mampu menjana ekonominya ke tahap yang lebih bagus lagi. Menurutnya dia memang gemar dalam bidang pernigaan.

“Saya percaya kalau saya artis, anak saya belum tentu juga artis. Tapi kalau saya berniaga, anak saya pon boleh mewarisi perniagaan saya,” Ujar pelokon dan pelawak ini lagi.

Terbaru Shuib sedang menjalani pengambaran filem Usin UFO arahan Zul Yahya yang bakal menemui penonton tahun hadapan. Filem yang berkonsepkan komedi turut membariskan pelakon-pelakon lain seperti Liza Abdullah, Aishah Ilias, Yasin Senario, Cat Farish dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×