
Pelawak dan usahawan Shuib mendedahkan kebimbangan isterinya, Watie Hanifiah, selepas kakinya bengkak akibat berdiri hampir 45 jam untuk menguruskan perniagaan mereka di Singapura.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Hanifiah Perjelas Isu Baju Thalita Seksi, Terima Teguran Daripada Shuib – ‘Bila Halang Akan Memberontak’
Artikel Berkaitan: ‘Dulu Dia Paling Susah Beri Kebenaran Daddy Kahwin, Thank You Terima Mummy’ – Watie Hanifiah Titip Ucapan Hari Lahir Uwais
Kaki bengkak
Menurut Shuib, pada awalnya Watie berasa bimbang dengan perubahan yang berlaku pada tubuhnya memandangkan dia kini sedang hamil lapan bulan.
Bagaimanapun, Shuib menenangkan isterinya dengan mengatakan keadaan itu pernah dialami oleh arwah Siti Sarah ketika hamil sebelum ini.
Balik (dari Singapura) tengok kakinya dah bengkak. Mula-mula Watie risau tapi cakap dekat dia dulu Sarah anak kaki dia pun bengkak.
Bagi Shuib, usaha dan kesungguhan isterinya itu merupakan satu pengorbanan besar sebagai seorang wanita yang sedang menanti kelahiran cahaya mata.
Watie kalau berniaga terus lupa semua, semangat sungguh.
Inilah pengorbanan yang sangat luar biasa dari seorang wanita yang hamil lapan bulan.
Sumber: Instagram