Sejak semalam, nama pelawak dan penyampai radio popular, Shuib menjadi bualan ramai selepas didakwa terlibat dengan sebuah organisasi dikenali sebagai Freemason.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Insya-Allah I Akan Cuba Sehabis Baik Bersihkan Nama You Sayang’ – Shuib
Artikel Berkaitan: John Dihani Minta Maaf, Menyesal Fitnah ‘Buta Tuli’ Shuib & Siti Sarah
Artikel Berkaitan: ‘Tuduhan Itu Melampau! Dah Macam Saya Bunuh Siti Sarah’ – Shuib
Bertambah teruk lagi, apabila ada individu yang mendakwa Shuib sengaja menidurkan arwah isterinya Siti Sarah sehingga menjadi punca penyanyi itu meninggal dunia.
Tahap kesabaran ayah kepada empat cahaya mata itu mula hilang lantas mengambil keputusan mengadakan sidang media tergempar untuk bertemu secara empat mata dengan pemfitnah tersebut.
Dalam sidang media berkenaan, individu yang menjatuhkan fitnah kepada Shuib mengaku salah dan membuat permohonan maaf secara terbuka.
Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, 38, mengambil keputusan untuk memaafkan individu berkenaan.
Shuib beri amaran!
Meskipun urusan Shuib bersama Zulhairi Abu Othman, 35, sudah selesai, pelawak itu tetap memberi amaran kepada netizen untuk tidak lagi ‘menambah’ taburan fitnah tidak berasas.
Shuib menerusi perkongsian terbaharu di Instagram Stories (IG Story) miliknya berkata, sekiranya netizen melihat mana-mana posting yang membabitkan namanya, arwah Siti Sarah serta keluarga, dia memohon orang ramai untuk memaklumkan kepadanya.
Kalau ada ternampak posting atau komen yang berbaur fitnah tentang saya, arwah isteri saya, Siti Sarah ataupun keluarga saya, tolong DM (Direct Message) atau kongsi link atau screen shoot berikan kepada saya. Terima kasih.
Sementara itu, Shuib menerusi satu lagi hantaran pada entri sama menyampaikan ucapan terima kepada orang ramai yang mendoakan serta memberi kata-kata semangat kepadanya.
Bagaiamanpun, semalam seorang lagi pemfitnah iaitu John Dihani tampil memohon maaf di Instagram Story namun Shuib tetap meneruskan tindakan undang-undang.
Terdahulu, Shuib sudah hilang sabar apabila dua pengguna Facebook menuduh dia antara ahli organisasi Freemason selain sengaja menidurkan Allahyarham Siti Sarah.
Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsu, Ayash Affan.
Sumber: Instagram