berita

Shuib Mohon Aisar Khaled Jaga Sensitiviti, ‘Pesanan’ Sharnaaz Tarik Perhatian Ramai

August 11th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Semalam, nama selebriti media sosial, Aisar Khaled sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas memuat naik video di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Sungai Pusu, Gombak. Aisar menerima kecaman yang cukup hebat daripada netizen apabila dia didakwa menjadikan video ziarah pusara arwah Siti Sarah untuk mengaut tontonan di laman Youtube miliknya.

Artikel berkaitan: Dikecam Buat ‘Content’ Youtube Ziarah Kubur Siti Sarah, Aisar Khaled Mohon Maaf

Meskipun tanah kubur isteri masih merah, Shuib tampil menjawab soalan rakan media berhubung tindakan Aisar yang melakukan ‘content’ sebegitu.

Kena ada sensitiviti

Saya tak nak komen lebih-lebih pasal tu. Kita kena ada sensitiviti yang sangat tinggi. Kita tak tahu ujian Allah besar mana nanti untuk kita pula. Takut nanti masa bahagian kita tak boleh angkat habis. Marah memang marah. Kena jaga aib orang. Lebih baik kita berkasih sayang.

Selepas majlis bacaan Yasin dan tahlil semalam, Shuib sebenarnya enggan mengulas lebih lanjut berhubung tindakan Aisar itu. Ujar Shuib, dia hanya mampu berpesan agar setiap individu perlu mempunyai sensitiviti yang sangat tinggi terhadap orang lain. Sebagai seorang manusia biasa, Shuib memberitahu dia sememangnya marah dan berharap selepas ini tiada lagi isu seperti ini berulang.

Jangan ditanya apa kesalahan anda

Pelakon, Sharnaaz Ahmad turut tampil memberi pandangannya berhubung isu viral ini. Menurut Sharnaaz, selebriti media sosial itu mungkin belum pernah merasai kehilangan seseorang yang disayangi. Oleh itu, Sharnaaz berharap Aisar menjadikan apa yang berlaku ini sebagai pengajaran. Ini kerana, kita tidak tahu apa yang akan menanti kita semua pada masa hadapan.

Sumber: Sharnaaz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×