Pelawak Shuib terpaksa menangguhkan hasratnya untuk bertemu dengan anak keempat iaitu Ayash Affan yang telah dilahirkan pada hari Jumaat lalu atas saranan pihak hospital.
Artikel berkaitan: ‘Itu Bukan Wajah Anak Keempat Shuib & Siti Sarah’ – Pengurus
Artikel berkaitan: ‘Pagi Ni Dia Dah Buka Mata’ – Shuib Syukur ‘Ayash Affan’ Dah Stabil, Mohon Netizen Jangan Henti Doa
Memetik laporan BH Online, pihak hospital berkata saranan tersebut adalah bagi mengelakkan risiko jangkitan Covid-19 terhadap bayinya.
Terima dengan lapang dada
Pengurus kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Nana Mohammad Rom dimaklumkan pihak hospital sendiri mengenai perkara ini dan dia juga telah berbincang bersama Shuib. Difahamkan, Shuib reda dan memahami situasi pandemik yang mungkin boleh menyebabkan jangkitan kepada bayi pramatang itu.
Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sendiri menghubungi Shuib dan berbincang dengannya, pagi ini. Ini jalan terbaik selepas memikirkan risiko yang boleh memudaratkan bayi pramatang. Atas nasihat dan saranan pengarah HCTM, Shuib terima dengan lapang dada.
Arwah sanggup gadaikan nyawa
Malah, Shuib juga menzahirkan rasa tidak sabar untuk bertemu dan melihat anaknya itu yang dianggap sebagai hadiah terakhir daripada isterinya. Namun, di sebalik perasaan gembira menyambut kehadiran cahaya mata baharu tetapi dirinya masih diselebungi dengan perasaan sedih.
Saya dihubungi pihak hospital memaklumkan mungkin saya dibenarkan melihat Ayash. Anak-anak pun asyik bertanya. Jika ada rezeki, hari ini dapat saya bertemu dengan bayi yang menjadi hadiah terakhir arwah buat saya.
Perasaan memang seronok, tetapi ada satu lagi perasaan, sangat-sangat sedih. Kenapa sedih, sebab arwah ibunya tidak sempat melihat dan memegangnya. Arwah sanggup menggadaikan nyawa kerana mahu memberi hadiah istimewa ini buat saya, anak-anak dan seluruh ahli keluarganya, sebelum pergi buat selama-lamanya.
Sumber: BH Online