Menerusi Instagram Story yang dimuat naik oleh Shuib, anaknya yang baru lahir dilaporkan berada dalam keadaan stabil sekarang ini.
Artikel berkaitan: Rakan Artis Buat Majlis Doa Selamat & Bacaan Yasin Secara ‘Virtual’ Untuk Siti Sarah & Fazli Zainal
Artikel berkaitan: ‘Sarah Masih Lagi Belum Sedar, Masih Perlukan Bantuan Oksigen…’ – Shuib Sepahtu
Artikel Berkaitan: Tahap Oksigen Siti Sarah Makin Menurun, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan
Artikel Berkaitan: ‘Siti Sarah Dah Ditidurkan..’ – Pengurus
Dah buka mata
Menurut Shuib, anaknya Ayash Affan sudah membuka mata pagi tadi. Bukan itu sahaja, kaki dan tangan anaknya itu sudah bergerak aktif juga. Sebagai bapa, Shuib meluahkan rasa syukur sebaik sahaja menerima berita gembira tersebut daripada pihak hospital. Ujar Shuib, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat semua yang mendoakan kesihatan isteri dan anaknya.
Sebelum ini, Shuib memberitahu bahawa isterinya masih tidak sedarkan diri. Namun, dia yakin bahawa Sarah akan sedar dan kembali ke pangkuan keluarga tidak lama. Shuib turut memohon orang ramai supaya tidak berhenti berdoa buat isteri dan anaknya itu.
Sumber: Shuib