berita

‘Si Ibu Tunjuk Botol Susu Anak Dia Yang Kosong’

October 22nd, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Isu etnik kaum Rohingya tidak asing lagi di negara kini sehinggakan ada yang sudah bekerja dan telah menatap terus di negara ini. Disebabkan status pelarian, golongan ini sering kali dikaitkan dengan kesempitan hidup kerana sukar mendapat bantuan.

Menerusi Facebook, Umie kongsi kisah dia terjumpa dengan seorang ibu tunggal warga Rohingya yang sedang berjalan kaki bersama dua orang anak yang berusia 4 tahun dan 8 bulan. Keadaan mereka sungguh menyedihkan ditambah lagi dengan anak yang berusia 8 bulan kelaparan susu.

Minta susu sikit untuk baby dia

Ya Allah. Lindungilah mereka tiga beranak ini.

Wanita rohingya ini namanya Inus. Baru kematian suami tiga bulan. Tinggal kat Asun. Ada anak lelaki 2 orang, yang sulong 4 tahun dan yang kedua 8 bulan (sebaya Nail).

Kisahnya macam ni.Tadi lepas selesai rawatan fisio pak cik, masa on the way nak balik Kak Gayah berenti dekat bus stop tepi jalan lepas dari flyover anak bukit. Berenti sebab nak buat susu Nail. Kebetulan dekat bus stop tu ada depa tiga beranak. Pak cik suruh Kak Nel turun pi sedekah duit. Tup-tup si ibu dah ketok tingkap kereta. Pak Cik pun buka tingkap. Si ibu sua botoi susu anak dia yang kosong mintak sikit susu untuk baby dia. Kak Gayah pon amek botoi tu dan buat susu untuk baby tu jugak. Masa tu Tuhan ja tau betapa sebaknya Kak Gayah.

Kak Gayah tak sampai hati

Si ibu mintak tumpang sampai Jitra. Kak gayah risau jugak nak tumpangkan orang yang tak dikenali. Tapi bila tengok baby dia dok merengek-rengek, tengok mata si abang tu. Ya allah.. Meronta-ronta jiwa Kak Gayah ni.

Pak cik suruh dia balik dengan teksi. Dia kata dah tanya teksi mahal. Dia nak tumpang sampai Jitra ja, pastu dia amek bas murah sikit. Dia dok Asun.

Cuaca pun macam tak berapa elok. Kak gayah kata kat pak cik, takpa laa kita tumpangkan depa. Kita memang nak balik kot tu. Pak cik pon kesian kat budak-budak tu. Niat awai tu nak tumpangkan sampai Jitra ja. Tapi Kak Gayah tak sampai hati. Pak cik pon kata hantaq sampai rumah dia la. Nanti anak dia kena hujan la apa la.

Nak kerja tapi anak kecil lagi

Masa dalam perjalanan tu, sembang-sembang jugak walaupun kurang paham. Kak Gayah tahan ayaq mata ja. Kak Gayah tanya susu ada dak. Dia kata melayu beli. Tapi dah habis. Dia kata duit Kak Gayah bagi ada nanti dia boleh beli susu. Allah.. Kak Gayah sedih sungguh-sungguh. Anak dah la comel-comel, baik-baik pulak tu. Si abang tu duduk diam ja sampai lena dalam kereta.

Kak Gayah singgah beli pampers dan susu untuk baby tu dekat Apple Baby House. Lepas hantaq depa balik, Kak Gayah reverse ja kereta terus Kak Gayah teriak. Tegha nak sampai umah merah bijik mata. Pak cik pon teriak jugak.

Kak Gayah harap depa bertiga akan jumpa orang yang boleh bantu depa pulak lepas ni. Si ibu nak kerja tapi anak kecik orang tak terima bekerja. Anak pulak nak bagi sapa jaga. Ya, Kak Gayah paham. Moga Allah bagi kebahagiaan buat mereka tiga beranak.

Aaminn ya rabbal alamin.

Sumber: Ummie

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×