berita

Didakwa Cabul Murid Sendiri, Mudir Pusat Tahfiz Dihadapkan Ke Mahkamah

April 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Harian Metro

Seorang mudir di sebuah pusat tahfiz khas untuk etnik Rohingya telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak lelaki yang juga merupakan pelajarnya.

Artikel Berkaitan: Perdagang Wanita Untuk Seks, Peniaga Bingkai Gambar Dihadapkan Ke Mahkamah

Artikel Berkaitan: Liwat & Rakam Video Porno Remaja Lelaki, Ejen Insuran Dipenjara 33 Tahun

Mengaku tidak bersalah

Gambar sekadar hiasan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh Abu Toyub Umor Abbas yang juga etnik Rohingya telah didakwa mencabul seorang kanak-kanak lelaki Rohingya yang berusia 11 tahun tiga bulan. Perbuatan terkutuk itu dilakukan pada 1 April 2023 jam 3 pagi di dalam sebuah bilik di pusat tahfiz khas untuk etnik Rohingya.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Susulan itu, lelaki tersebut didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta disebat.

Kes pendakwaan tersebut dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh diwakili peguam, Rozihan Othman.

Sebelum ini, Timbalan Pendakwa Raya tidak menawarkan sebarang jaminan kerana tertuduh adalah warganegara asing yang mencari tempat perlindungan di negara ini.

Tertuduh memiliki kad Pertuduhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan didapati masuk ke negara ini secara haram serta tidak ada sebarang rekod keluar dan masuk selepas berada di sini.

Kemungkinan besar tertuduh boleh melarikan diri atau mengganggu kanak-kanak itu berikutan hubungannya dengan mangsa adalah guru dan pelajar.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya diberikan ikat jamin hanya untuk menjamin kehadirannya ke mahkamah.

Sekiranya tertuduh melarikan diri, wang ikat jamin yang dibayar masih selamat di dalam jaminan pihak mahkamah.

Tertuduh membuka pusat tahfidz itu sejak lima tahun lalu dan perlu menyara seorang isteri serta seorang anak.

Walau bagaimanapun, mahkamah membuat keputusan untuk tidak membenarkan tertuduh yang berusia 58 tahun itu diikat jamin dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 17 Mei hadapan serta lantikan jurubahasa.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×