berita

‘Siap Ada Bodyguard!’ – Kelibat 4 Artis Kpop Berlegar Di KLCC Bikin Peminat Teruja!

July 24th, 2019 | by Asyraf Khalib
Shout Out!

 

Baru-baru ini, heboh di media sosial katanya netizen ada terserempak dengan 4 individu yang dipercayai artis daripada sebuah kumpulan Kpop. Mereka dikatakan berlegar-legar di sekitar KLCC siap diiringi oleh pengawal peribadi tau.

Walau bagaimanapun kami masih belum dapat mengesahkan sama ada mereka adalah kumpulan selebriti Korea seperti yang dimaksudkan. Hurm… so korang yang minat K-pop tu, korang rasa mereka ni siapa?

4 gadis cantik diiringi bodyguard…

Menurut beberapa sumber yang kami terima, berdasarkan penampilan mereka, keempat-empat individu tersebut adalah selebriti terkenal daripada luar negara. Mereka yang juga diiringi oleh beberapa orang pengawal peribadi pada ketika itu dikatakan mula diserbu peminat.

Yelah bukan senang tau artis Korea nak datang Malaysia. Kalau admin ada kat situ pun admin join serbu sekali. Mana tahu dapat bergambar dengan artis K-pop.

Netizen mula berteka-teki

Walaupun masih belum ada sumber yang sah setakat ini, tetapi rata-rata netizen nampaknya dah mula berteka-teki. Ada yang cakap bukan artis K-pop dan sebahagian besar yang lain cakap betul.

https://www.youtube.com/watch?v=G4FC59VFFbk&feature=youtu.be

Kalau tengok daripada video yang kami dapat ni, admin rasa betullah mereka artis Korea. Tapi korang rasa macam mana? Kalau betul lah artis Kpop yang datang, bestnya!

Tune Talk bawa masuk artis K-pop?

Apa yang mengejutkan, keempat-empat individu tersebut juga dikatakan dibawa menaiki kenderaan khas milik syarikat Tune Talk. Jadi, apakah mungkin pihak Tune Talk ada merancang untuk membuat kejutan buat rakyat Malaysia?

Walau bagaimanapun, setakat ini kami masih menunggu perkembangan terkini tentang siapakah sebenarnya selebriti misteri ini. Tunggu update seterusnya ya!

 

SKIP THIS AD ×