Semalam, berlangsungnya perlawanan bola sepak aksi final Piala Malaysia di antara Johor Darul Ta’azim (JDT) dan Kuala Lumpur City (KL City) di Stadium Nasional Bukit Jalil. Kemenangan berjaya ditempa oleh KL City berikutan berjaya membolot 2-0 dan ia merupakan kemenangan yang bermakna selepas penantian selama 32 tahun.
Artikel Berkaitan: Wajah Tampan Penjaga Gol KL City Curi Tumpuan, Ramai Gadis Tak Sempat ‘Pecah Ovari’ Rupanya Suami Orang!
Artikel Berkaitan: Dah Kurus Pun Tak Boleh Menang Juga Ka? – MB Kedah
Artikel Berkaitan: TMJ Hantar Sejambak Bunga & McDonald’s, Ini Respon MB Kedah – ‘Khamis Ini Kita Berentap Lagi’
Pemain Zhafri Yahya mengejutkan stadium dengan jaringan pertamanya pada minit ke-66 dan diikuti jaringan kapten KL City, Paulo Josue pada minit ke-74. Tahniah KL City!
Tahniah KL City!
Menerusi semakan di media sosial rata-rata wargamaya turut mengucapkan tahniah dan berpuas hati dengan permainan yang berlangsung semalam, di antara pasukan JDT dan KL City. Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerusi akaun Facebooknya juga dilihat sempat mengucapkan tahniah atas kemenangan yang dijulang oleh KL City.
Tahniah KL City. Saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira.
Bagaimanapun, menerusi satu status yang lain Sanusi dikatakan sempat memerli pasukan JDT berikutan tidak berjaya menjulang trofi Piala Malaysia sempena ulang tahun ke-100. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan status tersebut dan sempat berkongsi foto-foto lucu bersama harimau.
Sapa ada gambar harimau jalan tersipu-sipu.
Posting asal
Sumber: Muhammad Sanusi Md Noor