berita

Siapa Rishi Sunak, Bakal PM Baharu UK Yang Tersenarai Antara 250 Orang Terkaya Di Britain

October 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, Rishi Sunak bakal menjadi Perdana Menteri United Kingdom (UK) yang baharu selepas memimpin Parti Konservatif. Beliau merupakan seorang ahli politik terkaya di Westminster dan akan menjadi perdana menteri ketiga UK dalam tempoh kurang dua bulan.

Siapa Rishi Sunak

Menerusi laporan The Guardian, Rishi dilahirkan di Southampton pada tahun 1980 dan mempunyai latar belakang pendidikan yang elit. Beliau memasuki sekolah dengan yuran mahal sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Oxford. Selepas tamat pengajian di Oxford, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Stanford. Di Stanford, Rishi bertemu dengan isterinya, Akshata Murthy. Akshata merupakan anak kepada bilionair India, NR Narayan Murthy.

Bagaimanapun, perkahwinan Rishi telah menimbulkan kebimbangan dalam parti kerana beliau dianggap terlalu ‘jauh’ daripada masalah orang ramai. Pada bulan April, Akshata terpaksa mengesahkan laporan statusnya sebagai non-domiciled atau non-dom dan ini bermakna wanita itu tidak membayar cukai ke atas semua pendapatan antarabangsanya, sesuatu yang dia bersetuju untuk menamatkannya.

Untuk pengetahuan korang, Non-domiciled atau non-dom adalah status cukai British yang tersedia sejak revolusi Perancis. Ia membenarkan seseorang yang dilahirkan di negara lain, atau jika ibu bapa mereka berasal dari negara lain, membayar cukai di United Kingdom (UK) hanya untuk pendapatan di UK.

Berbicara mengenai soal kewangan, Rishi dan isterinya dipercayai mempunyai harta dan nilai kekayaan sebanyak $845.5 juta (RM4,533,696,738.53). Sekali gus, meletakkan beliau sebagai orang ke-222 terkaya di Britain. Di samping itu, kekayaan Rishi dikatakan telah menyaingi kekayaan Ratu Elizabeth II pada $418.5 juta (RM2,224,059,237.23) sebelum kematiannya.

Rishi dan isterinya juga mempunyai portfolio hartanah sebanyak empat buat rumah bernilai dianggarkan $17 juta, termasuk sebuah penthouse di Los Angeles yang menghadap ke pantai. Rumah penthouse tersebut dijadikan lokasi penggambaran bagi filem “Baywatch”.

Berhijrah ke United Kingdom

Keluarga Rishi berhijrah ke UK pada 1960-an. Ibu dan bapanya merupakan penganut agama Hindu berketurunan India Punjabi. Bapanya merupakan seorang doktor, manakala ibunya mengendalikan perniagaan farmasi. Rishi yang berusia 42 tahun merupakan perdana menteri bukan berkulit putih yang pertama dan termuda di UK, dalam tempoh 200 tahun. Rishi diminta membentuk kerajaan oleh Raja Charles, bagi menggantikan Liz Truss, perdana menteri 44 hari, sebelum Truss meletak jawatan.

Bukan itu sahaja, beliau menewaskan ahli politik berhaluan tengah, Penny Mordaunt, yang gagal mendapat sokongan mencukupi daripada penggubal undang-undang untuk menyertai pengundian. Pesaing kepada Rishi iaitu bekas perdana menteri Boris Johnson turut menarik diri daripada pertandingan itu dengan mengatakan tidak lagi boleh menyatukan parti.

Mahu majukan ekonomi

Di Instagram, Rishi berkata beliau akan memperbaiki ekonomi di UK agar menjadi lebih baik. Ini kerana, negara tersebut merupakan salah satu negara yang terbaik di dunia. Pada masa yang sama, beliau mahu menyatukan parti dan memberikan yang terbaik sebagai Perdana Menteri.

Sumber: The Guardian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×