berita

‘Siapa Yang Tembak Papa?’ – Soalan Sayu Anak Allahyarham Mejar Zahir Sebaik Lihat Jenazah Bapa

September 5th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Tidak dapat dinafikan pemergian arwah Mejar Mohd Zahir Armaya memberi kesan kepada ahli keluarga apabila terpaksa terima ketentuan ini dengan hati terbuka. Penularan video kejadian juga memberi impak kepada keluarga terutamanya buat anak allahyarham.

Menerusi perkongsian dari Murni Clakson, sewaktu menziarahi keluarga mangsa di Masjid Al-Fatih Kem Wardieburn, Setapak dia menyaksikan suasana hiba menyelubungi anak lelaki mangsa. Sedih dengar persoalan yang keluar dari mulut anak ini.

Kenapa orang itu bunuh papa?

Malam tadi, saya saksikan sendiri impak penularan video kemalangan senjata api yang mengorbankan parajurit negara kepada keluarga mangsa.

Semasa ahli keluarga dibenarkan untuk melihat jenazah Mejar Zahir, anak sulungnya ini berlari ke sudut masjid menangis. Untuk anak sekecil itu, saya yakin dia faham tentang kematian. Tapi tak lama selepas tu anak sulungnya bersuara,

“Kenapa orang itu bunuh papa?”, “Kenapa dia tembak papa?”, “Siapa orang yang tembak papa?”, “Saya nak cari orang yang tembak papa…”

Dia cuba ditenangkan oleh ibu dan isteri-isteri pegawai yang lain.

Jadi papa boleh hidup balik?

“Papa buat latihan, kawan papa tak sengaja.. “ – Dia balas dengan pertanyaan “Jadi papa boleh hidup balik?”

Anak kecil ni berfikir latihan tak sepatutnya meragut nyawa. I percaya ada orang tunjuk video itu. Dia tak sepatutnya dipertontonkan kejadian hitam itu. Dalam dunia semuanya dihujung jari ini, menularkan video-video kemalangan seolah-olah mengejar trofi oleh pelbagai pihak. Tidak sensitif dan tidak menghormati keluarga mangsa.

Mental trauma ini boleh memberi impak negatif kepada perkembangan seorang kanak-kanak. You wont see the adverse effects until it’s happen to your own family members.

Saya dengan rendah hati, memohon buanglah video-video tersebut. Berikan ruang untuk anak-anak arwah meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain.

Sumber: Murni Clakson

SKIP THIS AD ×