berita

‘Sibuk Fikir Nak Tackle Bini Orang’ – Doktor Tegur Drama Seribu Rindu

December 13th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Jika sebelum ini, banyak drama melayu yang melibatkan perubatan dikritik teruk netizen gara-gara mengeluarkan fakta perubatan tidak berasas. Kali ini satu lagi drama mendapat perhatian seorang doktor.

Menurutnya, watak doktor di dalam drama Seribu Rindu itu telah mencemarkan profesion kedoktoran. Beliau juga meminta agar penerbit dan pengarah tempatan membuat kajian terlebih dahulu.

Kau ingat kerja doktor macam itu ke?

Doktor dalam drama seribu rindu ni, mmg takde keje ke? Duk sibuk fikir cmne nak tackle bini org… Pastu asyik duduk bilik yang macam office tu… Jumpa patient pun tak… Kalau jumpa pun, jumpa seorang patient je yang bernama Irfan.. Kau ingat keje doktor macam tu ke… Nak fikir diri sendiri pun tak sempat apatah lagi ahli keluarga.. Ni doktor dalam cerita tu sempat fikir and cari helah macam-macam time keje… Kemon la brader…

Kami kalau ada masalah peribadi ke, tetap kene pergi keje.. Jumpa pesakit senyum je takleh nanges takleh emo takleh nak layan perasaan sebenar.. Balik rumah la pulak kalau nak fikir pun itu pun kalau tak balik lewat..Nak makan nak minum hatta nak terkencing terberak pun mujur sangat kalau sempat… Come on..

Kau merepek apa syaiton?

Jangan rosakkan imej profesion kedoktoran wahai penerbit-penerbit drama tempatan… Pulak tu, treat patient tak ikhlas.. Patient dah hampir sembuh pun ko resah gelisah sebab peluang kau nak dapatkan wife dia makin tipis.. Apa2 pun, drama kan… Nak emo kenapa.. Tapi aku emo jugak! Jap nak sambung…. Sedikit dialog dlm drama tersebut yg maksudnya berbunyi begini..

“Papa nak ajak Airel dengan Damia dinner dengan papa malam ni.. Airel datang ye”
“Papa Airel tak janji lagi ye… Airel kan doktor.. Airel kene tengok dulu jadual oncall.. Takut airel oncall hr ni”

Ko merepek apa syaitonnn… Kau kalau betul doktor, oncall ko bulaan depan ko dh hafal siap2 dah bila.. Hari-hari tu tak sah kalau tak belek jadual… Jangan acah2 sgt boleh? Sekian.. Haha

Sumber : Husna Dahari

The following two tabs change content below.