berita

‘Sifat Pada Suami Banyak Menyerupai Papa’ – Ucapan Sempena Hari Bapa Fazura Bikin Netizen Sebak

June 18th, 2019 | by Amat
Lensa Insta

Setiap anak pasti mempunyai kenangan terindah bersama ibu atau ayah masing-masing. Meskipun, mereka telah lama meninggalkan kita, sepastinya pesanan dan nasihat dari mereka akan sentiasa terpahat di dalam memori.

Begitu juga pelakon Fazura yang mengimbau kembali kenangan bersama ayah tersayang dan kata-kata nasihat ayahnya itu. Sepastinya dia merindui papa yang telah meninggalkannya sejak tahun 2000. Namun, dia bersyukur dikurniakan Fattah Amin sebagai suami yang sentiasa menemani hidupnya. Ini sebab mengapa Fazura memilih Fattah Amin sebagai kekasih dunia akhirat.

Pemergian papa mengejutkan

Al-Fatihah. Hari ini merupakan hari lahir arwah papa. He would’ve been 63 years old today! 19 tahun pemergian lelaki paling penting di dalam hidup saya pada 14hb September 2000 yang telah membesarkan, mendidik dan menyayangi saya lebih dari dirinya sendiri. Pemergian beliau secara mengejut membuatkan saya hilang kekuatan dan tempat bermanja.
Sebagai anak perempuan tunggal dari 4 beradik, saya pastinya amat rapat dan manja dengan arwah papa. Arwah juga sepanjang hidupnya selalu bersabar dengan segala kerenah saya terutama sewaktu usia remaja. Tetapi sikap penyabar, sentiasa positive, penyayang, serta sering melihat orang lain dengan kasih-sayang itu akan terus menjadi panduan dalam hidup saya.
Arwah juga sering berpesan. Sentiasa lah berbuat baik pada orang lain kerana perjalanan hidup kita masih jauh, kita tidak tahu apa pula yang akan menimpa kita akibat kata-kata atau perbuatan tidak baik yang kita lakukan.

Suami tempat mengadu dan bermanja

Tidak mengerti bagaimana saya mampu teruskan hidup tanpa tempat bermanja dan hanya dengan memori papa, Allah SWT yang maha penyayang lagi maha mengasihani telah siap merancang pengganti terbaik yang dapat mengisi kekosongan itu. Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya.
Sifat-sifat yang ada dalam diri suami saya juga banyak menyerupai arwah papa. Sesungguhnya Allah SWT maha pengasih, maha mengasihani dan hanya Allah SWT perancang terbaik dalam kehidupan kita semua. Semoga kita sentiasa redha, sabar dan yakin akan ketentuan Allah SWT. I miss you every second and wishing you’d still be here with us, wishing I could shower you with everything you’ve given me all my life. I love you beyond words.
Semoga kita bertemu lagi di Jannatul Firdaus. InsyaAllah.. Amin. Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat papa Faz ya? Happy Birthday my Papa forever.. Sharifuddin bin Adnan.
Sumber: Fazura

SKIP THIS AD ×