berita

‘Sila Buat Kerja Bukan Sekadar All Talk’ – Ditegur TMJ Isu Tajaan, Ini Respon Syed Saddiq

March 30th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini kecoh dengan isu penarikan tajaan Telekom Malaysia (TM) ke atas Liga Bola Malaysia (MFL) yang telah menjejaskan banyak pihak. Isu ini ditegur sendiri oleh Tunku Makhota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim agar menteri belia dan sukan membela nasib sukan nombor satu negara itu. Menerusi Twitter Syed Saddiq, kes penarikan tajaan oleh TM telah menjadi kes mahkamah dan dia akan terus mencari tajaan baru.

Biar mahkamah putuskan

Syed saddiq memberi respon ke atas tweet TMJ yang menggesa beliau untuk membela sukan bola sepak disebabkan isu penarikan tajaan oleh TM. Beliau menegaskan bahawa isu tersebut telah menjadi kes mahkamah dan berharap agar dapat terus menunggu apa keputusan yang bakal dibuat oleh mahkamah. Beliau akan berusaha mencari tajaan baru dan tidak memaksa mana-mana syarikat yang memberi tajaan untuk mengikut perintahnya.

Peruntukkan bagi SUKMA Johor

Selain itu, TMJ turut mempersoalkan tentang isu Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor yang mendakwa duit untuk sukan itu masih belum disalurkan walaupun telah beberapa kali bermesyuarat. Syed Saddiq memberitahu bahawa beliau dan kerajaan negeri Johor telah berjumpa dan penerangan terhadapa mekanisma peruuntukkan turut disampaikan beberapa kali. Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri telah dimaklumkan. Belia turut menegaskan bahawa proses ini turut diguna pakai sewaktu SUKMA Perak yang lepas.

Sumber: Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×