berita

‘Simpan Tuala Wanita Yang Dah Guna & Biar Makanan Sehingga Berkulat’ – Wanita Dedah Perangai Jijik ‘Housemate’ Pengotor

March 2nd, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Kisah rakan serumah pengotor dan tidak pandai menjaga kebersihan diri kembali hangat dibicarakan di Twitter. Beberapa orang pengguna aplikasi tersebut berkongsi pengalaman mereka sendiri berhadapan dengan rakan serumah yang pengotor. Lebih mengejutkan, rata-rata perkongsian tersebut membabitkan kaum wanita.

Wangi di luar, dalam rumah pengotor

Sekadar gambar hiasan

Housemate saya. Lawa, wangi di luar tapi dalam rumah pengotor yakmat. Malas mandi. Pad wanita dah basuh tak buang tapi sidai kat penyidai towel. 8 hari period, begitu lah keadaan bersusun. Rendam spender berbulan. Bilik bersepah. Bilik air toksah citer la. Berkulat.

Menurut seorang wanita, rakan serumahnya seorang yang cantik dan wangi sekiranya hendak keluar rumah. Namun, disebalik kecantikan tersebut tersimpan satu rahsia di mana rakannya itu suka menyimpan tuala wanita yang sudah digunakan. Tambah wanita tersebut, rakannya itu suka membiarkan bilik tidur dalam keadaan bersepah dan bilik air dalam keadaan berkulat. Disoal kenapa rakannya berbuat demikian, wanita tersebut menjawab rakannya suka mengumpul tuala wanita sehingga banyak sebelum  membuangnya ke dalam tong sampah.

Bila ditanya, katanya dah biasa buat. Kumpul banyak-banyak dulu pastu buang. Saya cakap geli la nak masuk bilik air. Dia jawab, nak buat macamana, dah biasa.

Suatu ketika dahulu

Roommate member aku ni selalu tak mandi habis bilik bau busuk dan tempat berselerak. Baju tak lipat tak basuh. Pakai baju yang sama hari-hari. Duduk sebelah pun dah bau busuk dan kaki dia busuk weh. Pinjam deodorant roll orang, pinjam barang makeup pastu tak bagi balik.

Kencing dekat singki bilik air, aku nak berus gigi tapi bau hancing. Cari punya cari rupanya air kencing dekat sebelah kepala pipe air.

Selain suka menyimpan tuala wanita dan tidak pandai mengemas, rata-rata netizen turut berkongsi perangai ‘jijik’ rakan serumah mereka yang lain. Menurut netizen, ada di antara rakan serumah mereka yang suka membiarkan makanan sehingga berkulat. Lebih teruk, periuk nasi yang digunakan itu dibiarkan begitu sahaja tanpa rasa bersalah. Di samping itu, ada juga rakan serumah mereka yang tidak tahu mandi dan suka memakai baju yang sama. Sikap tersebut telah mengundang rasa kurang selesa terhadap rakan-rakan yang lain.

Sekadar pesanan. Jika anda menyewa bilik, maka yang diluar bilik adalah untuk kegunaan bersama. Kalau bilik bersepah its okay. Itu bilik anda. Masalahnya bila diluar juga bersepah/kotor/ulat/bau busuk akan mengganggu orang sekeliling. Itu tidak patut.

Sumber: Twitter

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×