
DUKES, kumpulan indie alternatif yang terdiri daripada lima pemuzik muda berasal dari Kuala Lumpur, kini semakin menyerlah dengan aura muzik yang berani dan segar.
Artikel Berkaitan: Konsert Michael Learns To Rock Di Arena of Stars Sarat Nostalgia, 4,000 Peminat Bergema Menyanyi Sama
Artikel Berkaitan: Konsert Datuk M. N46IR Cipta 3 Kembali Dengan Tema ‘Gua Rock’ September Ini!
Sama dengan kumpulan British terkenal

Berawal daripada sebuah band universiti yang suka bereksperimen dengan sentuhan Britpop, perjalanan kreatif mereka akhirnya membentuk karakter muzik DUKES yang semakin kukuh dalam landskap seni tempatan.
Single terbaharu DUKES berjudul ‘Bila Kau Datang Menangis’ hadir bersama sebuah muzik video yang menonjol dengan gaya visual tersendiri serta sarat dengan interpretasi emosi.
Di sebalik penerimaan yang positif, lagu ini turut mengundang perbincangan apabila ada sesetengah pendengar merasakan ia mempunyai persamaan dengan ‘Beetlebum’ daripada kumpulan British terkenal Blur.
Situasi seperti ini bukanlah sesuatu yang asing dalam komuniti indie, terutama apabila karya pemuzik tempatan dikatakan membawa sentuhan yang mengingatkan kepada pengaruh luar.
Di ruangan komen dan forum muzik, ramai pengguna media sosial turut membangkitkan isu persamaan antara kedua-dua lagu tersebut.
Antara yang diperkatakan termasuklah struktur kord pada bahagian awal, alunan melodi, dan atmosfera keseluruhan yang mengingatkan mereka kepada lagu kumpulan British terkenal itu yang dilancarkan pada tahun 1997, berbanding single DUKES, muncul pada tahun 2025.
Menurut DUKES, citarasa muzik mereka sememangnya dibentuk oleh bunyi-bunyi daripada era Britpop, termasuk kumpulan seperti Blur, Oasis dan beberapa ikon lain yang membawa pengaruh besar ketika itu.
Oleh sebab itu, persamaan tertentu yang disebut oleh pendengar dianggap sebagai perkara yang tidak dapat dielakkan apabila sesebuah karya membawa roh muzik yang sama.
Baru-baru ini ramai yang kata lagu kami ‘Bila Kau Datang Menangis’ bunyi macam Blur – Beetlebum.
Kami mengaku memang ada sedikit persamaan pada satu bahagian korus, sebenarnya cuma baris pertama itu sahaja.
Tapi masalahnya bila orang mula kata yang kami ‘curi’ atau ‘tiru’ lagu Beetlebum, sebenarnya bukan begitu.
Jujurnya, masa saya tulis lagu ni dekat Universiti Malaya pada Ogos 2024, saya tak pernah pun dengar Beetlebum.
Blur tu mestilah lah saya tahu, mereka nama besar, legendary band, tapi Beetlebum bukan pun lagu paling popular diorang.
Kalau orang cakap kami tiru Song 2, itu lain cerita lah sebab that one memang popular. Mana boleh harapkan seorang budak Kuala Lumpur untuk tahu lagu Beetlebum.
Kalau awak dari Manchester, mungkin ya, awak membesar dengan lagu itu.
Jadi secara jujurnya, saya tak faham kenapa ia menjadi satu kejutan atau kenapa orang mengharapkan kami tahu lagu itu.
Kami tak tahu, dan sudah pasti kami tidak mencurinya.





![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)


