
Membina nama sebagai kumpulan muzik bebas bukanlah sesuatu yang mudah, namun itulah cabaran yang sanggup ditempuh oleh kumpulan Empty Page sejak awal penubuhan mereka.
Artikel Berkaitan: SOUNDSTAGE Bakal Satukan Band Malaysia & Indonesia, Nidji & Hujan Sebagai Teraju Utama
Artikel Berkaitan: Akim & The Majistret, Kugiran Masdo, Empty Page Dan Insomniacks Bakal Gegarkan Pentas Konsert Destiny Of Music 2.0!
Tak putus asa

Ketika ditemui OhBulan!, vokalis kumpulan ini iaitu Zic mendedahkan, pada awalnya Empty Page tidak mempunyai sebarang kenalan dalam industri muzik, sekali gus membuatkan mereka mencari sendiri setiap peluang untuk membuat persembahan.
Menurut Zic, mereka menetapkan sasaran menghantar sekurang-kurangnya 100 mesej kepada penganjur festival dan acara muzik pada setiap hari sebagai usaha memperkenalkan nama Empty Page.
Kami memang tak kenal sesiapa. Tak tahu siapa yang menganjurkan festival atau persembahan.
Jadi KPI kami ketika itu adalah menghantar sekurang-kurangnya 100 DM setiap hari kepada penganjur.
Kami cari nombor telefon mereka, hubungi seorang demi seorang dan tanya sama ada boleh hantar profil kumpulan.
Kalau tak dapat balasan, kami cuba lagi. Memang itu rutin kami setiap hari sebab kami tahu kalau tak usaha, memang orang tak akan kenal.
Dalam pada itu, Zic berkata perjalanan Empty Page turut digerakkan sepenuhnya menggunakan dana mereka sendiri.
Memang kami gunakan dana sendiri. Kami sangat bersyukur sebab peminat sentiasa menyokong. Setiap kali kami keluarkan album atau barangan, mereka akan beli.
Duit itulah yang kami pusing semula untuk rakaman lagu, menghasilkan album dan menggerakkan band.
Kalau bukan kerana sokongan mereka, memang sukar untuk kami bertahan.
Selain itu, Zic berkata, kumpulan mereka juga lebih selesa bergerak sendiri secara bebas meskipun menerima tawaran daripada beberapa syarikat rakaman.
Ada label yang pernah datang menawarkan kerjasama, tetapi kami bertiga memang agak degil. Saya nak buat sendiri.
Saya nak kalau Empty Page berjaya, ia datang daripada peluh dan usaha kami sendiri sebagai band bebas.
Kami hanya gunakan khidmat mereka untuk pengedaran muzik, tetapi untuk pengurusan dan hala tuju kerjaya, kami lebih selesa menguruskannya sendiri.
Mengulas mengenai prinsip yang dipegang, Zic berkata mereka banyak dipengaruhi kumpulan-kumpulan tempatan seperti Hujan dan Bunkface yang sentiasa membawa mesej kebebasan serta keberanian dalam berkarya.
Justeru, Empty Page mahu terus mengekalkan kebebasan itu agar segala karya yang dihasilkan benar-benar mencerminkan identiti mereka.
Bagi saya, kami membesar dengan muzik Hujan dan Bunkface yang banyak membawa mesej kebebasan serta keberanian menyuarakan pandangan.
Jadi saya tak boleh bercakap mengenai kebebasan kepada peminat kalau kami sendiri tidak mempunyai kebebasan menentukan hala tuju muzik kami.
Dalam perkembangan lain, Empty Page bakal mengegarkan konsert Soundstage bersama Nidji, Hujan, Dukes dan Midnight Fusic, yang dijadualkan berlangsung di Unifi Arena pada 16 Ogos ini.






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

