
Penyanyi dan pelakon Sissy Imann meluahkan rasa syukur apabila akhirnya berjaya membeli sebuah rumah hasil usaha dan kerja kerasnya sendiri.
Artikel Berkaitan: Sissy Imann Biasakan Ambil Wuduk Sebelum Makeup – ‘Bila Masuk Waktu Terus Solat’
Artikel Berkaitan: Sissy Imann Sah Bergelar Isteri Dr. Zamir Hilman, Terima Hantaran Nombor Plat ‘SIS5795’ & Hadiah Percutian Ke Itali
Sissy Imann beli rumah pertama
Menerusi satu hantaran di Instagram, pemilik nama Sissy Imann Mohammad Kamil, 31, mengakui sebelum ini dia sering merasakan pencapaiannya terlalu kecil untuk diraikan kerana membandingkan diri dengan orang lain.
Menurutnya, lima tahun lalu dia pernah membeli kereta pertamanya iaitu Nissan Serena, namun memilih untuk berdiam diri kerana merasakan ia tidak cukup mewah berbanding kenderaan lain.
Lima tahun lalu, saya beli kereta pertama saya, iaitu Nissan Serena. Saya simpan sendiri dan tak pernah cerita kepada sesiapa, termasuk kawan rapat sebab rasa macam ia bukan sesuatu yang cukup besar untuk dibanggakan.
Yelah, Serena je, bukan Alphard atau Vellfire.
Bagaimanapun, pelantun lagu Jatuh ini berkata dia kini memilih untuk lebih menghargai setiap pencapaian dalam hidupnya.
Kali ini, saya pilih untuk lihat semuanya dari sudut berbeza. Saya nak hargai sejauh mana saya dah pergi dan raikan setiap pencapaian kecil, walaupun mungkin tak nampak besar di mata orang lain.
Dalam perkongsian sama, pelantun lagu itu turut mendedahkan dia berjaya membeli sebuah rumah pada tahun 2024 sebelum mendirikan rumah tangga.
Sissy turut berkongsi bahawa rumah tersebut bukanlah kediaman mewah, namun dia bersyukur kerana berjaya memilikinya dengan hasil titik peluh sendiri.
Pada tahun 2024, sebelum saya bertemu suami lagi, saya berjaya beli sebuah rumah. Hari ini rumah dah siap dan saya pun dah terima kunci.
Bukan banglo pun, cuma kondominium, tapi saya suka sebab low density dan parking betul-betul depan rumah, tak perlu naik lif. My own blood, sweat & tears. Alhamdulillah.
Dalam pada itu, Sissy turut menitipkan doa agar orang ramai yang membaca hantarannya turut mencapai impian masing-masing suatu hari nanti.
Sumber: Instagram Sissy Imann







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)