berita

Siti Bainun Keseorangan, 2 Peguam Lagi Tarik Diri

January 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali sebak apabila mahkamah memberitahu dua lagi peguam yang mewakilinya dalam kes pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja sindrom Down Bella, menarik diri.

Artikel berkaitan: Tiada Dokumen & MC, Permohonan Siti Bainun Tangguh Bicara Bela Diri Ditolak

Artikel berkaitan: Kes Aniaya Bella, Siti Bainun Diarah Bela Diri Oleh Mahkamah

Keseorangan tanpa lima peguam bela

Menerusi laporan Harian Metro, Siti Bainun kini keseorangan tanpa lima peguam bela dalam kes berkenaan. Ketika berada dalam kandang tertuduh hari ini, Siti Bainun kelihatan mengesat air mata dan suaranya berubah sebak ketika menjawab pertanyaan Hakim Izralizam Sanusi.

Izralizam ketika memulakan prosiding memaklumkan, beliau menerima notis penarikan diri peguam mewakili Siti Bainun, 31, iaitu Asiah Abd Jalil dan Nurul Hafidzah Hassan malam tadi.

Izralizam: Saya terima pemfailan daripada kedua-dua firma Asiah dan Nurul Hafidzah menyatakan mereka menarik diri daripada mewakili kamu, jadi secara rekodnya pada hari ini kamu tiada peguam. Kamu tahu tak mereka hendak tarik diri?

Siti Bainun: Puan Asiah ada beritahu tahu malam tadi… hari Sabtu pun dia ada beritahu boleh saja hendak tarik diri sebab timing jadual (bertindih). Tapi dia tak ada cakap pun hendak tarik diri.

Izralizam: Kamu bagi tak dia tarik diri?

Siti Bainun: Mestilah tak… tak apalah nanti saya cuba bincang balik.

Izralizam: Saya pun dapat notis itu malam tadi saya tengok 9 malam (notis tarik diri) difailkan.

Berikutan daripada itu, Izralizam menetapkan 26 dan 27 Januari sambung perbicaraan, malah Siti Bainun diperintahkan mengemukakan status lantikan peguam baharu pada hari berkenaan. Beliau turut menasihati Siti Bainun supaya melantik peguam yang boleh memberikan komitmen dan bertanggungjawab dalam mengendalikan kesnya.

Kamu kena fikir mana peguam yang berikan kebaikan kepada kamu, jangan lantik tiga empat firma (apabila) berlaku (isu) macam ini (tarik diri) tidak beri manfaat kepada kamu. Apabila seorang tarik diri, team (pasukan) juga tarik diri. Dapat seorang pun memadai kalau dia dapat mengendalikan kes dengan baik.

Sebelum sesi itu berakhir, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas bangun memberitahu bahawa ini kali kedua Nurul Hafidzah menarik diri daripada kes berkenaan.

Kami ingin merekodkan ini kali kedua Nurul Hafidzah Hassan menarik diri dari menjadi peguam bela tertuduh dan kami ingin direkodkan bahawa penarikan diri saat ini (akhir) adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah. Ini juga tidak hormat mahkamah dan tidak memberi keadilan kepada semua pihak.

Kelmarin, prosiding bela diri Siti Bainun ditangguhkan apabila tiga peguamnya, Mohammad Farhan Maaruf, Nur Ellena Mohamed Razif dan Nur’Aminahtul Mardiah Md Nor menarik diri.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×