Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi tentang aksesori kepala yang dipakainya ketika mengadakan konsert baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Izara Aishah Dedah Rahsia Siti Nurhaliza, Mudah Teracun Beli Barang ‘Online’ – ‘Stokin, Pemutih Ketiak’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Terharu Siti Nurhaliza Beli Beg – ‘Ini Satu Penghormatan Besar’

Beli di TikTok

@arifeddy

Comel la haha rupanya Siti Nurhaliza beli aksesori kepala untuk konsert di Tiktok je! Tak mahal pun boleh check harga kat beg kuning @Siti Nurhaliza #MenamakanmuCinta

♬ original sound – Arif Eddy – Arif Eddy

Menerusi sesi siaran langsung, pemilik nama Siti Nurhaliza Tarudin itu mendedahkan, dia membeli aksesori kepala tersebut secara atas talian di platform TikTok.

Tambah Siti Nurhaliza lagi, perhiasan tersebut dibeli dengan harga yang murah namun sangat cantik digayakan ketika Konsert Violet Skies Datuk Seri Siti Nurhaliza Live in Arena of Stars.

Saya beli headpiece dekat TikTok, yang itu menarik.

Saya pakai semasa konsert di segment terakhir pada hari pertama.

Headpiece itu murah gila tapi cantik, saya suka sangat.

Betul kata Izara

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelakon dan juga menantu kepada Siti Nurhaliza iaitu Izara Aishah yang memberitahu bahawa ibu mentuanya itu suka berbelanja di aplikasi tersebut.

Terbukti kata-kata Izara.

Betul la apa menantu dia cakap, suka beli yang bukan-bukan dekat TikTok sampai dibawanya ke konsert.

Betul kata Izara, Tok Ti ni mudah teracun, macam-macam dia beli dekat TikTok.

Dalam masa yang sama, mereka juga mengagumi pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu yang berjimat cermat dan bersederhana ketika berbelanja.

Tok Ti pakai nampak mahal sebab aura dia berbeza.

Baguslah Tok Ti, dia sokong dan beli dari perniagaan kecil di TikTok.

Seorang biduanita terkenal, kaya tetapi merendah diri. Tak perlu yang mahal-mahal dan berlebih-lebih dalam penampilan.

Sumber: TikTok