
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa syukur dinobatkan sebagai pemenang Duo/Duet Kolaborasi Dangdut Terpopular di Indonesia Dangdut Awards 2025 bersama Lesti Kejora menerusi lagu Kumbang Bunga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Nurhaliza Syukur Terima Anugerah ‘Lifetime Achievement Award’, Bangga Dengan Keberanian Wanita Zaman Sekarang
Duo Kolaborasi Dangdut Popular

Menerusi satu kiriman video, Siti, 46, menzahirkan penghargaan kepada pihak penganjur serta mendoakan agar industri dangdut Indonesia terus berkembang maju.
Terima Indosiar dan Indonesia Dangdut Awards 2025 atas apresiasi kepada saya dan Lesti untuk memenangkan kami dalam kategori Duo/Duet Dangdut Popular. Semoga dangdut Indonesia terus berkualiti.
Terima kasih kepada pencinta dan penggemar saya dan Lesti. Kumbang Bunga bunga sahaja menyatukan dua penyanyi, dua negara, namun menebarkan karya-karya tradisional dan dangdut serumpun.
Sementara itu, Lesti menyifatkan kemenangan tersebut sebagai momen istimewa kerana sudah lama dia memasang impian untuk berduet dengan idola kesayangannya.
Terima kasih untuk Indosiar dan Indonesia Dangdut Awards 2025. Ini adalah kolabrasi pertama saya dengan idola kesayangan saya, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Alhamdulillah, kemenangan ini adalah hasil dukungan pencinta Datuk Seri Siti dan penyokong saya. Terima kasih sudah undi.
Sumber: TikTok








