berita

Siti Nurhaliza Nafi Wanita Ketiga Terkaya Di Malaysia

February 24th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

ct

Sekitar minggu lalu kecoh di laman sosial apabila sebuah laman web mengeluarkan artikel mendakwa penyanyi Datuk Siti Nurhaliza merupakan wanita ketiga terkaya di Malaysia dengan aset terkumpul hampir RM50 juta.

Terbaru, Datuk Siti bagaimanapun tampil menafikan dakwaan tersebut namun menjelaskan sedang berusaha gigih untuk mencapai impiannya bergelar wanita terkaya satu hari nanti.

Jejas Tahap Keselamatan

datu

Penyanyi yang baru sahaja memenangi Anugerah Penyanyi MeleTOP di AME2014 baru-baru ini nyata terkejut dengan dakwaan tersebut malah mendakwa ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap tahap keselamatan dirinya.

Saya terkejut dengan laporan tersebut. Walau macam mana pun, saya berdoa untuk bergelar seorang wanita yang terkaya. Itu impian dan cita-cita. Belum lagi sampai ke tahap itu tapi sedang berusaha ke arah itu.

Andaian mereka itu membuatkan keadaan jadi berbeza, dari segi keselamatan. Iyerlah saya faham kadang-kadang mereka menggambarkan yang hebat-hebat tetapi realitinya biasa-biasa sahaja.

Terdahulu sebuah laman web savemoney.com mengeluarkan senarai top 5 wanita terkaya di Malaysia yang menyaksikan Datuk Siti menduduki tangga ketiga.

Bagi kami tak mustahil Datuk Siti bakal mendapat gelaran tersebut satu hari nanti berdasarkan pencapaian dirinya yang begitu gah dalam bidang seni dan perniagaan.

SKIP THIS AD ×