berita

Siti Saleha Belum Ada Perancangan Untuk Berkahwin

March 10th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pelakon jelita Siti Saleha sebelum ini pernah berkongsi bahawa dia sedang mengenali hati budi seorang pereka fesyen, Joshua Fitton.

Artikel Berkaitan: Akui Sedang Kenali Hati Joshua Fitton, Siti Saleha Harap Netizen Tak Fikir Lebih – ‘Yang Penting Belum Kahwin & Tiada Anak’

Artikel Berkaitan: Tayang Kemesraan Dengan Joshua Fitton, Peminat Bagi ‘Green Light’ Dekat Siti Saleha

Go with the flow

Pemilik nama sebenar Siti Saleha Mohd Baharum ini berkata dia dan pasangan belum lagi berbincang akan hari bahagia mereka kerana masih dalam tempoh pengenalan.

Sekarang ini memang saya kongsikan wajahnya di Instagram (IG), sebab kami memang dah rasmi sebagai pasangan kekasih. Tapi kalau lebih daripada itu kami tak pernah bincang apa-apa.

Aktres berdarah kacukan itu juga tidak kisah jika perhubungan mereka akan mengambil masa yang agak lama sebelum mendirikan rumah tangga.

Kalau lama kenal bertahun-tahun pun kami tak kisah sebab saya nak betul-betul yakin kali ini. Saya tak mahu buat sebarang kesilapan.

Tapi kita tak tahu kan, kalau buat silap lagi kita berlajarlah dari kesilapan. Itulah perjalanan kehidupan kita.

Heroin drama 7 Hari Mencintaiku berkata demikian ketika sesi fotografi kempen Media Prima Seindah Kasih, pada Isnin. Selain Siti Saleha, Mimi Lana, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Sasha Abedul dan Syafiq Kyle juga antara barisan duta Media Prima Seindah Kasih.

Dalam pada itu, adik kepada Sam Bunkface ini memberitahu sepanjang bulan Ramadan ini, dia tidak terlibat dengan sebarang penggambaran drama atau filem sebaliknya jadual dipenuhi dengan jemputan majlis, membuat kandungan serta komitmen sebagai duta produk.

Jangan lupa untuk saksikan filem Seindah Kasih The Movie yang turut dibintangi oleh Siti Saleha di platform Tonton yang bakal ditayangkan bermula 12 April ini!

SKIP THIS AD ×