berita

Tayang Kemesraan Dengan Joshua Fitton, Peminat Bagi ‘Green Light’ Dekat Siti Saleha

December 6th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon jelita, Siti Saleha tidak menolak dakwaan mengenai dirinya sedang mengenali seseorang pada waktu ini. Tambah Siti Saleha, dia akan mendedahkan kepada umum apabila sudah bersedia nanti.

Artikel berkaitan: Lelaki Kacukan Jadi Pilihan Hati Siti Saleha – ‘Nanti Saya Kongsi Dalam Instagram’

Artikel berkaitan: Pakai Skirt Pendek Sambil Menikmati Burrito, Foto Siti Saleha Undang Komen Lelaki Miang

Terbaru, Siti Saleha dilihat memuat naik dua keping foto bersama seorang lelaki ketika menghadiri sebuah majlis, semalam.

Thank you for having us

Pelakon berusia 32 tahun itu, pernah memberi ‘hint’ bahawa lelaki yang sedang dikenalinya itu berdarah kacukan sama seperti dirinya. Tambah Siti Saleha, hubungan mereka masih berada dalam fasa awal dan sedang mengenali hati budi masing-masing. Menerusi posting yang dimuat naik, Siti Saleha dan lelaki tersebut memakai baju berwarna hitam sambil tersenyum tatkala foto mereka diambil.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis meluahkan rasa gembira apabila pelakon ‘7 Hari Mencintaiku’ itu sudah mendedahkan wajah teman lelakinya di media sosial. Menurut rakan artis, mereka berharap hubungan Siti Saleha dengan lelaki tersebut akan sampai ke jinjang pelamin.

Sumber: Siti Saleha

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×