Palmolive merupakan sebuah produk di bawah rangkaian multinasional yang berasal dari Amerika Syarikat. Produk ini memberi tumpuan kepada aktiviti pengeluaran, pengedaran dan peruntukan isi rumah serta penjagaan kesihatan dan produk peribadi.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Palmolive telah melantik pelakon dan juga model terkenal Siti Saleha atau nama sebenarnya Siti Saleha binti Mohd Baharum sebagai duta baru produknya. Siti Saleha telah lama menceburi bidang peragaan dan komersial sebegini sejak beliau berusia 12 tahun lagi.
Memiliki rupa paras yang cantik dan berwajah kacukan Inggeris Melayu, membuatkan Siti Saleha laris di arena komersial tempatan mahupun antarabangsa. Siti Saleha sebelum ini pernah menjadi duta untuk beberapa produk terkenal seperti Enchanteur, Silky Girl, Gardenia dan Follow Me.
Menerusi perlantikan Siti Saleha sebagai duta baru Palmolive, pihak produk ini telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa bersama peminat dan Siti Saleha di Pasaraya Giant Kota Damansara pada 13 Ogos 2012 akan datang.