Umum tahu, penyanyi Siti Sarah, 37, yang sedang hamil tujuh bulan terpaksa dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan tahap oksigen yang semakin menurun pada 4 Ogos lalu.
Artikel Berkaitan: Tahap Oksigen Siti Sarah Makin Menurun, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan
Dimasukkan ke ICU
Terkini, penyanyi Shuib, 37, memaklumkan isterinya telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada awal pagi Jumaat.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad berkata keadaan kesihatan Sarah masih berada di tahap membimbangkan.
Assalamualaikum salam Jumaat semua. Pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU disebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.
Semoga Allah bagi kekuatan
Dalam pada itu, usahawan terkenal ini sekali lagi memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan keselamatan isteri tercinta dan anak dalam kandungan.
Saya mohon di hari baik, hari Jumaat. doakan Sarah dan anak dalam kandungan. Semoga dipermudahkan urusan dan semoga Allah berikan kekuatan untuk mereka.
Semoga Allah merahmati kita semua, amin.
Difahamkan, Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin, kelmarin, namun mengalami batuk sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulan kira-kira pukul 6.30 petang.
Untuk rekod, Siti Sarah berkahwin dengan Shuib, pada 27 Februari 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6 tahun.
Sumber: Instagram @shuibsepahtu