berita

Tahap Oksigen Siti Sarah Makin Menurun, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan

August 5th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Instagram, Shuib memberitahu kepada umum bahawa isterinya iaitu Siti Sarah terpaksa dikejarkan ke Hospital Kebangsaan Malaysia (HUKM) berikutan tahap oksigen yang semakin menurun.

Artikel berkaitan:‘Tak Pernah Anggap Diri Sakit’ – Satu Keluarga Positif Covid-19, Siti Sarah Tetap Bersemangat

Artikel berkaitan: Pembantu Rumah Disahkan Positif Covid-19, Shuib Sekeluarga Buat Swab Test

Artikel berkaitan: ‘Kami Sekeluarga Positif Covid-19’ – Siti Sarah

Alami batuk dan tidak selesa

Difahamkan, Siti Sarah sepatutnya memotong gelang kuarantin semalam. Namun, pelantun suara ‘Kesetiaan’ ini  dipercayai mengalami batuk yang serius dan tahap oksigen di dalam badannya semakin berkurang. Susulan daripada itu, Sarah dibawa ke hospital menaiki ambulans kira-kira pukul 6.30 petang bagi mendapatkan rawatan segera. Sementera itu, Shuib memohon doa orang ramai agar isteri dan anak dalam kandungan selamat tanpa sebarang masalah.

Doakan isteri dan anak saya

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Assalammualaikum semua, saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusa. Allah maha segalanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis mendoakan agar Siti Sarah dan anak dalam kandungan berada dalam keadaan sihat sentiasa. Rakan artis yakin bahawa Sarah seorang yang kuat dan mampu melawan wabak ini.

Sumber: Shuib

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×