Bersempena sambutan Hari Bapa semalam, selebriti popular Fazura, memuat naik satu hantaran video baharu di akaun Youtube miliknya dengan penampilan istimewa suami tercinta, Fattah Amin.
Dalam video berdurasi 6 minit itu, Fazura mengajukan beberapa soalan kepada Fattah yang berkaitan dengan dirinya dari zaman Fattah remaja, sehingga menjadi seorang bapa.
Tak nak jawab soalan ‘crush’
Dalam sesi soal jawab itu, antara soalan yang diajukan kepada Fattah adalah soalan tentang peribadi dirinya sewaktu muda, makanan yang tidak disukainya, dan juga sukan yang diminatinya.
Untuk semua soalan yang diajukan, Fattah berjaya menjawab kesemua soalan kecuali satu iaitu soalan mengenai seseorang yang Fattah minati sewaktu remaja.
Fattah enggan menjawab soalan tersebut dengan alasan bahawa dia tidak ingat, kemudian pantas beralih untuk ke soalan yang seterusnya.
Fazura: Mesti ada seseorang, tak akan tak ada langsung?
Fattah: Tak ingat.
Fazura: I pun ada, tak akan you tak ada? Angelina Jolie ke…
Fattah: Ok next!
Fatima anak yang matang
Foto: Instagram @fattzuralovelife
Selain itu, Fazura turut mengajukan soalan tentang perasaan Fattah selepas menjadi seorang bapa kepada cahaya mata mereka, Fatima, di mana Hero Remaja 2011/2012 itu menjawab dengan berkata bahawa Fatima seorang kanak-kanak yang matang, dan pengalaman membesarkan Fatima merupakan satu perkara yang menyeronokkan.
Dalam pada itu, Fattah juga diajukan soalan tetang kerjaya pilihannya sekiranya tidak menjadi seorang selebriti, di mana dia menjawab kemungkinan akan menjadi seorang polis seperti bapanya, ataupun ustaz.
Video tersebut telah mendapat lebih 18 ribu tontonan, dan di ruangan komen, rata-rata warganet seronok melihat pasangan selebriti ini bersama, selain mendoakan kesejahteraan mereka, serta jodoh mereka agar berkekalan.
Video
Sumber: Youtube myfazura