berita

SKMM Nasihat Pengguna Facebook & Instagram Di Malaysia Tukar Password

March 25th, 2019 | by Wan
Teknologi

Perhatian kepada semua pengguna Facebook dan Instagram, sila tukar kata laluan akaun anda! Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi satu perkongsian terbarunya menasihati agar semua pengguna media sosial menukar kata laluan akaun media sosial mereka.

Password boleh dibaca

Menurut SKMM, pihak Facebook memaklumkan semasa pemeriksaan keselamatan rutin yang dijalankan Januari lalu, terdapat sebahagian kata laluan pengguna Facebook dan Instagram yang disimpan dalam format yang boleh dibaca oleh kakitangan dalaman mereka walaupun sistem yang digunakan pada asasnya direka bentuk untuk menyulitkan kata laluan tersebut.

Facebook bagaimanapun memberi jaminan bahawa kata laluan tersebut tidak oleh diakses oleh mana-mana pihak luar, dan sehingga kini tidak ada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa kata laluan tersebut telah disalahgunakan oleh kakitangan mereka. Menurut mereka permasalahan ini telah pun diperbetulkan dan para pengguna yang terbabit akan dimaklumkan dengan sewajarnya.

Nasihat tukar password

Sebagai langkah berjaga-jaga, SKMM menasihati para pengguna Facebook dan Instagram di Malaysia yang menerima pemakluman ini agar menukar kata laluan masing-masing.

Menurut kenyataan itu sebarang proses penukaran kata laluan perlu dibuat secara terus di aplikasi atau laman rasmi Facebook dan Instagram untuk mengelakkan pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu itu dengan memperdaya orang ramai melalui kaedah penipuan, penyamaran dan “Phishing”.

Sumber: SKMM

SKIP THIS AD ×