Seperti yang umum tahu, Emma Maembong dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Namun pada bulan Julai yang lalu, Emma berkongsi berita gembira memaklumkan bahawa dirinya kini sudah berbadan dua. Oleh hal yang demikian, para peminat seakan tidak sabar menanti kelahiran bayi pasangan ini.
Tetapi penantian para peminat akhirnya terjawab selepas suami Emma iaitu Muhammad Shazli Azhar berkongsi gambar mereka bersama bayi sulung di laman Instagram.
Dah buat majlis aqiqah
View this post on Instagram
Difahamkan, sebelum ini, Emma Maembong telah berkongsi satu video di Youtube yang menunjukkan satu majlis dimana dia telah mengumumkan jantina bayi dalam kandungannya itu. Jika dilihat daripada video tersebut, majlis itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat.
Menerusi laporan Harian Metro, pelakon cantik jelita ini sudah pun melahirkan bayi lelaki dan mengadakan doa selamat serta majlis aqiqah. Walaupun begitu, Emma dan suami serta ahli keluarga yang lain seakan mengunci mulut dan langsung tidak memuatnaik apa-apa berita di media sosial mengenai kelahiran bayi pasangan itu.
Alhamdulillah
Alhamdulillah. 8.11.20 Allah is the greatest, baby boy.
Tetapi akhirnya terjawab selepas suami Emma, Shazli Azhar sempat memuatnaik satu video pendek di Instagram yang memaparkan dia dan Emma ini sedang mendukung anak sulung mereka. Difahamkan, Emma selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 8 November 2020 yang lalu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis tidak putus-putus mengucapkan tahniah buat pasangan merpati dua sejoli ini. Tidak kurang juga, ada yang memuji kecomelan bayi pasangan ini.
Comelnya
Sumber: Emma Maembong, Shazli Azhar, Harian Metro