berita

‘Depan Peminat Lembut, Kelakar Tapi Dengan Keluarga Jadi Baran, Kaki Pukul’

December 24th, 2023 | by Alia
Kini Trending

artis kaki pukul

Gambar sekadar hiasan

Seorang individu mendakwa dirinya adalah anak kepada artis dan telah bertindak mendedahkan perangai sebenar selebriti itu di media sosial.

Artikel Berkaitan: Suami Baran Tergamak Belasah Isteri Sampai Buta & Bocor Kepala, Anak 8 Bulan Tak Dapat Disusukan

Artikel Berkaitan: 8 Tahun Tahan Sabar Sikap Panas Baran Suami, Lisdawati Akui Setiap Rumah Tangga Ada Ujian

‘Hanya keluarga yang tahu..’

artis kaki pukul

Gambar sekadar hiasan

Menerusi ciapan di platform X, individu tersebut mendakwa artis itu mempunyai perwatakan yang berbeza ketika di rumah.

Dia mendakwa selebriti berkenaan adalah seorang yang gagal mengawal emosi marah sehingga bertindak memukul keluarga sendiri.

Aku anak artis, dari kecil semua kenal dan tahu aku anak siapa. Ramai rasa benda tu macam istimewa, ya kadang kala tapi korang takkan orang terfikir dia seorang kaki pukul.

Di luar, di depan peminat semua cakap dia baik, lembut, kelakar, dekat rumah? Hanya keluarga yang tahu baran dia macam mana.

Kadang aku fikir aku nak sangat semua orang tahu perangai dia sebenar tapi siapa nak percaya kalau dia dekat luar bawa watak ‘personaliti TV’ dia tu.

Dalam pada itu, individu tersebut mengakui dia dan keluarganya sangat terkesan dengan tindakan melampau artis terbabit berikutan sikapnya yang pemarah.

Banyak lagi benda yang kami sekeluarga lalui, perasaan takut tak pernah jauh dari kami. Baran dia buatkan aku jadi tak nak kahwin seumur hidup.

Mental aku diseksa dari kecil, sakit tau. Lagi sakit sebab tak boleh nak cerita dekat orang luar. Sebab dia artis yang baik kan? Semua tu lakonan semata-mata.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet berteka teki tentang artis yang didakwa selain menasihati individu tersebut supaya melaporkan kepada pihak berwajib berhubung tingkah laku selebriti itu.

Sumber: Platform X

SKIP THIS AD ×