berita

Social Media Hacks – Ini Antara Tips Yang Korang Perlu Tahu & Wajib Cuba!

November 11th, 2019 | by Nurul
Kini Trendy

Media sosial dah jadi medium utama untuk kita berkomunikasi, nak dapatkan info terkini dan macam-macam lagi lah! Tapi, korang selaku pengguna dah cukup pro ke pasal penggunaan platform-platfrom media sosial yang korang pakai?

Haa.. Meh Sis Katy share dengan korang antara hacks media sosial yang korang boleh guna nanti.

1. FACEBOOK

  • Kita semua mesti pernah ter-refresh timeline semasa membaca atau menonton post yang menarik dan dah tak nampak post itu lagi. Kalau benda ini jadi lagi jangan risau, korang boleh je tekan facebook.com/seen untuk cari balik post tadi.
  • Bosan tengok movies dekat Facebook sorang-sorang? Cuba korang Watch Party pulak. Watch Party membolehkan korang untuk menonton video secara berkumpulan, chat dan meninggalkan komen.
  • Dah add crush dekat Facebook, tapi tak diendahkan atau dilupakan. Nak tengok siapa yang buat macam tu dekat korang, tekan pada ikon Friends, kemudian ‘Find Friends’ >‘View Sent Requests’.

2. INSTAGRAM

  • Instagram feed ni selalu sangat orang jaga sebab nak nampak kemas dan tersusun. Cuba korang cantikkan post dan bio korang dengan stail tulisan istimewa, setakat bold atau italic. Penukar teks unicode (macam ini) memberikan korang pilihan yang lebih menarik untuk hias profil korang.
  • Asyik guna filters sama je bila upload gambar dekat instagram story tu, bosan lah! Nak guna filters lain dari yang lain? Korang boleh je follow Instagram pencipta AR seperti @dvoshansky, @johwska, @charreel untuk cuba teknik yang lain.
  • Pastikan korang jangan hanyut sangat main Instagram sampai lupa semua benda. Tetapkan had masa dengan pergi ke ‘Settings’ > ‘Account’ > ‘Your activity’ > ‘Manage your time’. Instagram akan beri korang  peringatan kalau korang dah habiskan had masa.

3. TWITTER

  • Korang nak orang tahu pasal isu viral dekat Twitter ni? Pin je dekat profil! Klik dekat menu dropdown untuk tweet original korang (bukan RT) dan pilih ‘Pin to your profile’.
  • Tak ada mood nak skrol? Tak payah gunakan tetikus dan hanyak menggunakan cheat kekunci Twitter. Navigasi di antara tweet menggunakan kekunci J/K. Klik L/R/T untuk like/reply/retweetblock/mute dengan B/U dan carian dengan menekan /.
  • Suka gambar atau video, tapi bukan kapsyen pada tweet tu? Tekan dan hold pada media tersebut, pilih Tweet GIF/Photo/Video, dan you’re done!

Sekarang korang dah tahu teknik-teknik yang tersembunyi ni kan? So, jom try!

Apa pun korang jangan lupa untuk LIKE dan FOLLOW Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!

Sumber : yodoo.my

SKIP THIS AD ×