Pelakon, Soffi Jikan dilaporkan terpaksa menjalani rawatan lanjut di sebuah hospital selepas disahkan mengalami jangkitan kuman pada bahagian jantung.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Soffi Jikan Masuk Hospital Semula Selepas Kena Kencing Tikus & Denggi – ‘Dadanya Sakit..’

Jangkitan kuman pada jantung

Berita itu dikongsikan sendiri oleh rakannya yang dikenali sebagai Hasyim menerusi satu hantaran di TikTok.

Menerusi hantaran dibuat, Hasyim memuat naik video memaparkan Soffi yang memakai pakaian hospital sambil duduk di atas kerusi roda.

Ujar Hasyim, pelakon filem ‘KL Gangster’ itu akan ditahan sekurang-kurangnya dua minggu bagi mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Update terbaharu, doktor sahkan Soffi Jikan menghidap jangkutan kuman pada jantung.

Mungkin dua minggu akan ditahan di wad, doakan Soffi Jikan ya semua.

Semoga cepat sembuh

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Soffi cepat sembuh dan tabah dengan ujian yang diterimanya.

Terdahulu, Hasyim berkongsi keadaan terkini Soffi yang dimasukkan ke hospital selepas keadaan kesihatannya kurang memuaskan.

Perjelas Hasyim, pelakon berusia 55 tahun itu dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kencing tikus.

Sumber: TikTok