![[VIDEO] Soffi Jikan Masuk Hospital Semula Selepas Kena Kencing Tikus & Denggi – ‘Dadanya Sakit..’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/soffi-jikan-2.jpg)
Foto: Cinema Online
Pelakon Soffi Jikan difahamkan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital berikutan keadaan kesihatannya yang kurang baik.
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Ada Siapa Mahu Berkawan Dengan Saya’ – Sofi Jikan
Artikel Berkaitan: Sofi Jikan ‘Kasi Sengat’ Dipenjara 12 Bulan
Terima rawatan
Menurusi perkongsian di TikTok, seorang individu dipercayai kenalan kepada Soffi iaitu Hasyim, memuat naik video yang memaparkan keadaan terkini aktor itu.
Mula-mula dia masuk wad sebab kena air kencing tikus dan denggi.
Selepas enam hari dalam wad, dia dah boleh keluar.
Bagaimanapun, menurut Hasyim, pemilik nama Mohamad Shoffi Jikan, 55, itu dimasukkan ke hospital semula selepas keadaan kesihatannya didapati kurang memuaskan.
Selepas tiga hari dia demam semula sebab dadanya sakit dan hati pula suspek jangkitan kuman.
Difahamkan pelakon filem KL Gangster tersebut sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Doa netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat Soffi agar dia kembali sihat sepenuhnya.
Sumber: TikTok








