berita

‘Terima Kasih Untuk Segalanya, Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Ke-28’ – Datin Sofia Jane

September 10th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Datin Sofia Jane 28 Tahun Kahwin

Pejam celik, pejam celik rupanya sudah 28 tahun usia perkahwinan pelakon terkenal, Datin Sofea Jane bersama suami tercintanya, Datuk Meor Zain Azman.

Artikel Berkaitan: Nostalgia : Datin Sofia Jane Kongsi Gambar Kahwin 18 Tahun Lepas

Posting khas buat suami

Terbaharu, pelakon filem ‘Perempuan, Isteri Dan …’ itu memuat naik hantaran khas sempena ulang tahun perkahwinannya menerusi aplikasi X.

Menerusi ciapannya itu, Sofia memuat naik dua foto memaparkan dirinya dan suami pada awal perkahwinan mereka serta gambar terkini mereka selepas 28 tahun menyemai cinta sebagai seorang suami isteri.

Sofia turut menitipkan ucapan terima kasih buat suaminya atas segala pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang perkahwinan mereka.

Terima kasih untuk segalanya, selamat menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-28.

Sekadar info, Sofia atau nama sebenarnya Sofia Jane Binti Hisham, 51, telah pun berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Meor Zain Azman Bin Mohamad Taib pada 9 September 1995.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×