berita

Sofyank Timang Cahaya Mata Pertama – ‘Isteri Saya Selamat Melahirkan Puteri Sulung Kami’

December 13th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Personaliti media sosial, Sofyank meluahkan rasa syukurnya selepas menimang cahaya mata perempuan pada petang Selasa.

Artikel Berkaitan: Beto Kusyairy Jadi Hero Dalam Permainan Metal Slug! Teruja Bekerja Dengan Sofyank

Artikel Berkaitan: Azmi Saat Dapat ‘Baby Girl’, Nama Khalisa Insyirah

‘Puteri sulung’

Berita gembira itu dikongsikan Sofyank atau nama sebenar Muhammad Sofian Abdullah menerusi satu hantaran yang dimuat naiknya di Instagram.

Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan puteri sulung kami.

Dalam pada itu, Sofyank dan isteri turut mengucapkan terima kepada semua yang mendoakan urusan dia dan keluarga dipermudahkan.

Saya dan isteri ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan perjalanan isteri saya dipermudahkan sewaktu melahirkan zuriat pertama kami.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut.

Sekadar info, Sofyank dan isteri, Nabilah Ramli telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×