Penyanyi Syasya Rizal gembira melihat perkembangan kumpulan Dolla yang semakin meningkat naik dengan kemunculan lagu baru serta video muzik yang memukau.

Artikel Berkaitan: Anak Syasya Rizal Dah Pandai Sebut Bapa Di Usia Lima Bulan

Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Terkesan Didakwa Hamil Sebelum Nikah, Akan Sedaya Upaya Lindungi Yassir – ‘Cukuplah Sekadar Orang Sekeliling Yang Tahu’

Tetap sokong Dolla

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Stories (IGs), Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal dilihat menjawab pertanyaan netizen mengenai ‘comeback’ Dolla.

Menurut Syasya, dia sentiasa bangga dengan pencapaian Dolla dari awal sehingga hari ini.

Walaupun tidak lagi memegang status sebagai ahli kumpulan Dolla, Syasya tetap meneruskan sokongannya pada kumpulan itu.

Alhamdulillah saya sangat gembira untuk Dolla.

Mereka layak menerima pengiktirafan daripada comeback ini.

Saya akan sentiasa sokong untuk kejayaan Dolla sebab saya tahu bagaimana mereka meletakkan sepenuh hati pada apa saja yang diusahakan.

Walaupun jalan kita sudah berbeza, hati dan sokongan saya akan sentiasa bersama Dolla.

Dalam pada itu, Syasya mendoakan agar Dolla terus melebarkan sayap dengan bakat luar biasa yang dimiliki setiap ahli.

Terdahulu, dunia seni digemparkan dengan berita pengunduran Syasya dari ‘girl band’ terkenal iaitu Dolla.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Universal Music Malaysia, tindakan Syasya mengundur diri atas alasan peribadi.

Untuk rekod, Syasya dan pasangan hati, Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April 2023.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan pada 23 December 2024.

Sumber: Instagram @syasya.rzl