Majlis solat hajat dan doa selamat untuk Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah dipindahkan ke lokasi baharu iaitu di Dewan Sri Pinang, Madrasatul Hajjah Zubaidah, Petaling Jaya, dan dijadualkan berlangsung pada Khamis.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] 30 Jun Jadi Penentu, Zaidel Baharuddin Fikir Nasib Syed Saddiq – ‘Sempat Atau Tidak Berkahwin & Bergelar Bapa?’

Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Syukur Dapat Kerja Sambilan – ‘Saya Sumbangkan Terus RM115k Ke Muar, Beli Bakul Makanan & Laptop’

Pada 25 Jun

Perkara itu dimaklumkan menerusi sebuah poster yang dikongsikan di media sosial.

Pertukaran tempat. Majlis solat hajat dan doa selamat untuk YB Syed Saddiq, 25 Jun 2026.

Semua dijemput hadir.

Terdahulu, media melaporkan pihak pengurusan Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya tidak meluluskan penganjuran majlis solat hajat dan doa selamat berkenaan.

Bagaimanapun, wakil pengurusan masjid tersebut turut mengakui bahawa keputusan itu dibuat selaras dengan prinsip institusi berkenaan yang bebas daripada sebarang agenda politik.

Sebelum itu, pelakon Bella Astillah mengajak orang ramai menunaikan solat hajat bagi mendoakan agar prosiding keputusan rayuan akhir kes mahkamah melibatkan tunangnya yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun ini dipermudahkan dan berjalan lancar.

Sumber: Threads