berita

Solekan Ala Nabila Huda Buat Si Hitam Manis

July 10th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Solekan merupakan perkara asas yang perlu wanita ketahui. Melalui solekan yang sempurna, ia dapat menyerlahkan lagi penampilan dan kejelitaan seseorang wanita. Oleh itu, pemilihan solekan yang bersesuian dengan tona kulit harus dititikberatkan bagi mengelakkan wajah kelihatan kusam dan tidak bermaya.

Di sini terdapat beberapa tips solekan yang berguna bagi wanita berkulit hitam manis:

Pilih Warna Natural Atau Warna-Warna Yang Dekat Dengan Kulit Anda

Dalam asas solekan, perkara yang paling penting adalah bedak asas atau foundation. Sekiranya anda tersalah memilih warna foundation atau bedak asas, kulit anda akan kelihatan lebih gelap daripada warna asal dan wajah akan kelihatan bertambah kusam. Jadi, wanita yang memiliki kulit hitam manis, anda dinasihatkan agar memilih foundation atau bedak asas yang warnanya seakan-akan tona kulit. Elakkan daripada menggunakan foundation dan bedak yang tebal.

Penggunaan Eyeliner

Eyeliner merupakan alat solek yang penting bagi menonjolkan ilusi pada bahagian mata agar mata kelihatan lebih galak dan cantik. Namun begitu, bagi wanita berkulit hitam manis, anda dinasihatkkan agar tidak melukis garisan di kelopak mata dengan garisan yang terlalu tebal, memadai hanya garisan yang nipis.

Penggunaan Pembayang Mata

Bagi wanita yang memiliki kulit hitam manis, anda disarankan agar memilih rona coklat keemasan untuk solekan mata bagi menambahkan kilauan serta menonjolkan lagi kemanisan wajah anda. Namun begitu, elakkan daripada menggunakan warna cerah seperti warna putih atau perak, kerana ia bakal meneggelamkan kecantikan.

Penggunaan Pemerah Pipi

Pemerah pipi merupakan alat solek yang paling penting bagi menonjolkan kecantikan wajah. Oleh itu, pemilihan pemerah pipi yang sesuai bakal menaikkan lagi pesona dan kemanisan seseorang wanita. Bagi wanita yang berkulit hitam manis, anda disarankan agar memilih pemerah pipi daripada rona pink rose, peach, bronze dan juga plum.

Penggunaan Warna Gincu Bibir

Gincu bibir merupakan alat penting bagi setiap wanita. Bagi wanita berkulit hitam manis, rona gincu bibir yang sesuai dengan anda adalah daripada rona terang, kerana ia mampu menambahkan lagi seri di wajah anda. Namun begitu, elakkkan daripada memilih rona coklat tua, kerana ia akan menambahkan lagi kegelapan di wajah anda.

Sumber: Teknik Solekan, MediaMalaya.com