berita

Solekan Mudah Tetapi Glamor Emma Stone!

September 3rd, 2012 | by Ai
Kini Trending

Solekan yang mudah tetapi kekal cantik menjadi ikutan si cantik pada zaman kini. Tampil berseri dengan aura yang memukau mampu menyerikan imej personaliti seseorang dalam bergaya. Bukan sahaja kita perlu mementingkan penjagaan pakaian, malahan keterampilan dalam stail bermekap juga perlu dititikberatkan. Ayuh mengaplikasikan solekan mudah tetapi glamor bagi tampil cantik dengan celak bersayap bak pelakon ‘Amazing Spider-Man’ Emma Stone dengan beberapa langkah mudah.

Bedak Asas Rimmel Wake Me Up

Kemasan sempurna, itu yang perlu diaplikasikan kepada kulit muka. Dengan menggunakan Rimmel Wake Me Up asas, kulit muka kelihatan sempurna dengan menutupi cacat cela permukaan kulit yang bermasalah. Tambahan pula, ianya diaplikasikan dengan menggunakan berus ‘Stippling’ untuk menghasilkan kemasan yang sempurna.

Tom Ford’s Brow Sculptor Eye Brow

Langkah seterusnya adalah bahagian kening. Bentukan kening yang rapi memberikan bentuk sempurna kepada wajah beliau. Pensil dan serbuk menjadi pilihan untuk menghasilkan penamat yang memukau untuk tampil lebih semulajadi. Kening Emma yang sudah terbentuk amat mudah diaplikasikan dengan pensil serbuk Tom Ford’s Brow Sculptor.

Pembayang Mata

Sekarang mata! Dalam sudut ini, Emma mengaplikasikan ciri-ciri mata kucing yang cantik seperti yang ditarifkan dalam filem. Emma memulakan solekan dengan menyapu warna pembayang mata semula jadi di seluruh kelopak mata dengan menggunakan warna kulit sebagai asas. Kemudian mata Emma diaplikasikan dengan warna coklat semula jadi yang ringan untuk mendefinisikan tambahan dalam bentuk. Kemasan bayangan tersebut menghasilkan warna semulajadi dengan kontur mata yang menarik.

Maybelline’s gel liner

Seterusnya, liner mata yang memberikan keterampilan mata yang berbeza. Bagi liner mata, Emma mengaplikasikan pelapik gel liner Maybelline’s gel liner in 01 Black dan berus MAC 209. Berus ini akan membantu untuk mencapai liner tebal bagi mainan mata Emma. Mengaplikasikan di kelopak mata dengan menipiskan dibahagian depan dan diakhiri dengan litupan tebal berangkai. Seterusnya, belaiu mengaplikasikan bayang bawah mata dengan menggunakan berus pensil.

Maskara

Tiba masa untuk maskara! Beliau mengaplikasikan maskara kepada kedua-dua bahagian atas dan bawah untuk penampilan yang dramatik. Penggunaan maskara yang terbaik menghasilkan gulungan bulu mata yang sempurna. Berus berbulu, pasti digunakan untuk menyembunyikan kecacatan dan bawah mata untuk menghilangkan apa-apa warna tidak sekata. Berus berbulu dengan serbuk campuran mampu mengurangkan wajah daripada bersinar.

Chanel’s New Coral Blush In Love

Akhir sekali, pembentukan dibahagian pipi bagi memberikan bentuk wajah yang lebih eksklusif. Emma memberi bentukkan semula jadi dengan mengaplikasikan kontur pipi bronzer matte sehingga rongga pipinya. Berus ‘Buffing’ dan Chanel’s New Coral Blush In Love mampu mencapai kemasan minimum dengan mengisarkan pemerah pipi dalam gerakan bulatan melalui belakang pipi sehingga ke bahagian depan tulang pipi. Hasilnya, anda kelihatan persis Emma Stone yang jelita.

SKIP THIS AD ×