berita

Sophia Albarakbah Mula Terbuka Bawa Kekasih Ke Majlis -‘Dia Sangat Cool…’

May 13th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon berkontroversi, Sophia Albarakbah mendedahkan dirinya sedang menjalin hubungan istimewa bersama seorang jejaka yang hanya mahu dikenali sebagai Mr Doctor.

Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Mengaku Bercinta Dengan Doktor, Tetapi Enggan Ulas Lanjut – ‘Saya Memang Jaga Privasi’

Artikel Berkaitan: ‘Perkataan Penyondol Tidak Baik & Keterlaluan’ – Sophia Albarakbah Menangis Setiap Hari

Bawa kekasih ke event

Susulan daripada pendedahan tersebut, Sophia dilihat mula terbuka membawa teman istimewanya itu hadir ke beberapa majlis.

Terbaharu, mereka berdua dilihat hadir pada majlis sidang media Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) yang diadakan di stesen KTM, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Mengulas mengenai perkara berkenaan, aktres berusia 29 tahun itu berkata dia tidak pernah memaksa kekasihnya itu untuk hadir bersama, sebaliknya terserah kepada jejaka tersebut untuk mengikutinya atau tidak.

Saya serahkan kepada dia, kalau dia selesa untuk datang bersama saya, saya tidak kisah. Tetapi kalau dia tidak mahu pun saya tidak kisah.

Sepanjang saya dilanda kontroversi pun dia sangat cool sahaja. Dia lebih fikirkan pesakit dia daripada perkara-perkara lain.

Pada majlis sama, Sophia turut diumumkan berjaya tercalon dalam tiga kategori yang dipertandingan pada edisi ABPBH kali ini. Kategori tersebut adalah BBNU Wanita Popular, Aktres Filem Popular dan Aktres TV Popular.

Bersyukur tercalon

Menurut pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu, dia tidak menyangka apabila namanya tersenarai dalam tiga kategori berkenaan.

Bagaimanapun, Sophia akui bersyukur dan tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi sebarang ketegori.

Saya tidak sangka tercalon untuk tiga kategori tetapi alhamdulillah, itu semua rezeki untuk saya. Saya tidak juga letakkan harapan yang tinggi.

Menang atau kalah, orang tetap akan bercakap. Jadi biarlah mereka bercakap apa mereka mahu, rezeki saya kalau menang. Saya tidak sakitkan mereka.

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) kembali untuk edisi ke-35 dengan mengangkat tema Ekspresi Legasi Seni.

Membariskan 12 kategori di bawah Kategori Utama dan tujuh (7) Kategori Ekstra!, peminat boleh mengundi artis pilihan bagi peringkat Top 20 mulai 12 Mei 2023 sehingga 11 Jun 2023 menerusi laman web ABPBH 35 di www.abpbh.com.my. Undian boleh dilakukan sama ada secara percuma ataupun pakej langganan BH digital.

SKIP THIS AD ×