Pelakon, Sophia Albarakbah mengakui setiap hari menangis selepas dihina, dikecam dan dikritik teruk oleh netizen susulan isu yang mendakwa dirinya sebagai penyondol.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Babak ‘Suka Peluh? Sini Rasa Peluh Suami’ Buat Penonton Geli Geleman, Tak Sabar Tunggu Konflik Seterusnya!
Artikel berkaitan: ‘Sudikah Awak Jadi Isteri Saya?’
Artikel berkaitan: Sophia Albarakbah Didakwa Stalk IG Aliff Aziz?
Artikel berkaitan: ‘Baba Tak Sangka Adik Buat Macam Ni’ – Babak Raisya Hannah ‘Terlanjur’ Dengan Luth Mikail Curi Tumpuan Netizen, Tak Sabar Next Episod!
Menangis setiap hari
Menurut Sophia, penggunaan perkataan ‘penyondol’ itu disifatkan sebagai keterlaluan.
Saya menangis setiap hari sewaktu kontroversi melanda. Tapi saya kena kuar. Saya tidak boleh bersedih dan melayan hal yang tidak berkaitan dengan kerja saya. Cuma ya, perkataan penyondol adalah satu label yang tidak baik dan keterlaluan.
Disoal sama ada dia mempunyai rasa cinta terhadap Aliff ataupun tidak, Sophia hanya menggeleng.
Tidak dan saya rasa adalah lebih baik saya tidak cakap atau ulas.
Pelakon ‘Ku Akad Kau Dengan Bismillah’ ini turut menafikan tidak mempunyai hubungan yang baik atau tidak bertegur sapa dengan Aliff di lokasi penggambaran.
Tidak, saya percaya kami tidak boleh buat begitu kerana akan menjejaskan keseluruhan team produksi. Kami profesional, itu sahaja.
Bercerita mengenai keadaan sekarang pula, Sophia memberitahu emosinya sudah menjadi lebih baik dan mampu menghadapi segala kontroversi yang melanda.
Macam mana pun saya kena kuat. Saya tak boleh tutup mulut orang untuk bercakap. Itu hak mereka. Saya mahu fokus pada kerja.
Sumber: Astro Gempak