berita

Sophia Albarakbah Rawat Sakit Tulang Belakang, Netizen Rancak Komen Lucah

September 4th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

sophia tulang belakang

Baru-baru ini, viral video pelakon Sophia Albarakbah sedang mendapatkan rawatan kiropraktik di sebuah pusat swasta yang terletak di ibu kota.

Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Didakwa Sudah Putus Cinta, Mr. Doktor Masih Simpan Gambar Bersama

Rawat masalah tulang belakang

Sophia Albarakbah tulang belakang

Menerusi hantaran di TikTok, Sophia melakukan urutan dengan pakar kiropraktik untuk merawat masalah tulang belakang yang menyebabkan dirinya tidak boleh untuk berdiri lama.

Sebelum ini saya mempunyai masalah sakit belakang. Saya rasa tulang lumbar saya agak sedikit bengkok.

Saya tak boleh berdiri lama kerana akan menyebabkan rasa sakit, lebih-lebih lagi apabila menjalani penggambaran drama yang agak panjang.

Komen lucah

Komen lucah sophia

Bagaimanapun, perkongsian itu telah menerima komen-komen lucah daripada warganet. Rata-rata netizen berotak kuning ketika melihat aktres berumur 30 tahun itu sedang dirawat.

Malah, perawat terbabit juga terpalit apabila mereka menyifatkan beruntung dapat melegakan masalah yang ditanggung pelakon filem Miimaland.

Dalam pada itu, peminat juga menasihati Sophia untuk mengenakan pakaian yang sesuai ketika mendapatkan konsultasi.

Sebelum, Sophia menjadi bualan ramai selepas didakwa sudah putus cinta dengan Mr Doktor.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×