berita

‘Sorry Tukar Last Minute’ – Suami Mengidam Letak Nama Anak ‘Goku’, Siap Mimpi!

November 20th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap pasangan yang mempunyai cahaya mata sudah pastinya mempunyai perancangan dalam memberikan nama kepada anak mereka. Nama yang diberi ini, merupakan panggilan yang kekal dan akan digunakan sehingga ke hujung hayat. Tambahan pula, dalam Islam turut menitikberatkan dalam aspek pemberian nama kepada anak-anak.

Di Facebook, seorang lelaki berkongsi nama seorang bayi yang sangat ‘unik’ yang diambil bersempena dengan nama watak ‘Goku’ yang terkenal dalam kartun Dragon Ball.

Idrees Gooku

Menerusi sijil kelahiran tersebut, bayi lelaki itu diberi nama Idrees Goku bin Muhamad Ashriq. Bayi tersebut baru sahaja dilahirkan pada 6 November yang lepas.  Kemungkinan besar, bapa kepada bayi tersebut minat akan watak Goku yang merupakan watak utama dalam kartun Dragon Ball.

Tambahan pula, watak Goku mempunyai kuasa yang luar biasa dan mampu bersaing dengan sesiapa sahaja musuhnya.

Sorry tukar last minute

Menerusi screenshot perbualan mereka di Whatsapp, si suami memohon maaf kepada isterinya atas nama yang  diberikan kepada anak mereka. Difahamkan, suaminya bertindak menukar nama anak mereka secara ‘last minute’ setelah mendapat ‘kelulusan’ daripada rakannya yang merupakan seorang bilal. Jelasnya, dia sudah lama mengidam untuk meletakkan nama anaknya dan perkara ini terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi.

Isterinya ketika itu kelihatan ‘redha’ dengan nama tersebut. Dia hanya akan memanggil anaknya Idrees dan cuba menyembunyikan nama anak mereka kepada orang ramai.

Putra Naruto

Tidak berakhir di situ, menerusi ruangan komen terdapat seorang individu yang berkongsi nama seorang kanak-kanak lelaki yang agak ‘unik’ iaitu Muhammad Putra Naruto. Watak Naruto merupakan watak yang sering menjadi kegemaran dalam kartun Anime.

Walau bagaimanapun, ada yang beranggapan nama tersebut telah diedit dan ianya hanya untuk bergurau dengan warganet.

Sumber: Saharudin Abu Seman via Kelakar Apa Hari Ini?

SKIP THIS AD ×