berita

Anda Penggemar Tegar Sotong? Jom Cuba 5 Resipi Sotong Goreng Ini, Confirm Terliur!

October 24th, 2018 | by Taufiq
MyResipi

Umum mengetahui bahawa sotong adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia! Lagi ‘layan’ bila dapat makan nasi panas berlauk sotong goreng, memang confirm tambah dua tiga kali!

Kali ini admin nak kongsi dengan korang semua 5 jenis masakan bergoreng yang boleh dimasak menggunakan sotong. Mudah dan cepat. Jom cuba!

Sotong goreng tepung

Sotong goreng tepung merupakan menu yang biasa kita dengar. Ianya mudah dan pasti menjadi kegemaran setiap orang. Kalau dapat sos cili, mayonis atau sos thousand island dimakan dengan menu ini, sudah cukup untuk mengisi perut kosong si penggemar makanan sotong.

Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/sotong-goreng-tepung-1e61f06c-1294-4d7d-9edc-d580d2cdf13e

Sotong goreng kunyit

Selain dari goreng tepung, sotong juga sesuai digoreng kunyit. Mudah dan menjimatkan masa, ianya boleh dimakan dengan nasi goreng atau nasi putih. Dapat pula yang panas-panas, pasti kecur air liur korang semua. Jomlah cuba!

Resipi penuh: http://myresipi.com/recipes/sotong-goreng-kunyit-mudah

Sotong goreng lada hitam

Asyik makanan kering je. Mari sini cuba pula masakan sotong goreng lada hitam. Ianya berkuah boleh dimakan dengan nasi putih panas. Si penggemar makanan laut dan pedas, pasti jadikan masakan ini sebagai menu favorite mereka. Kalau makan dengan nasi, tipulah kalau makan tak tambah!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/sotong-goreng-lada-hitam

Sotong goreng tomyam

Siapa suka makan tomyam? Menu ini memang sesuai sangat memenuhi selera makan korang! Sotong goreng tomyam ini agak leceh untuk membuatnya tetapi hasilnya, amat menyelerakan! Dimasak sama ada pedas atau tidak, itu ikut cita rasa masing-masing.

Resipi mudah: http://myresipi.com/recipes/sotong-goreng-tomyam-a7bac070-2138-4aaa-8d72-6e013dde0353

Sotong goreng telur masin

Resipi terakhir yang admin nak kongsikan dengan korang semua ialah resipi sotong goreng telur masin. Kombinasi rasa masin, lemak dan kenyal masakan ini cukup membuatkan korang merasa nikmat syurga makanan. Telur masin dengan sotong? Sedap ke? Kalau korang tak cuba mana nak tau sedap ke tak.

Sumber: Myresipi

The following two tabs change content below.

Most Read Today