Terengganu terus melakar kecemerlangan dalam bidang pendidikan (SPM) apabila mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.17.

Artikel Berkaitan: Anak Linda Rafar Peroleh ‘Straight A’ SPM

Artikel Berkaitan: SPM 2025: Ini Senarai ‘Ranking’ Penuh MRSM & SBP, Terus Unggul Sebagai Terbaik!

GPN SPM terbaik selama sedekad

Memetik laporan Harian Metro, angka itu mengatasi pencapaian Gred Purata Kebangsaan (4.42) dengan perbezaan sebanyak 0.25 peratus.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Kamsah @ Kamal Mohamed memaklumkan bahawa keputusan yang dicapai pada tahun ini merupakan pencapaian terbaik bagi negeri itu dalam tempoh sedekad.

Secara keseluruhan, seramai 17,457 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM di 175 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu. 

Dari segi kehadiran, terdapat peningkatan sebanyak 0.21 peratus di mana seramai 17,208 calon (98.57%) hadir menduduki peperiksaan berbanding 16,974 calon (98.36%) pada tahun sebelumnya.

Bagi pencapaian pelajar berkeperluan pendidikan khas pula seramai empat pelajar memperoleh semua A.

Bagi pencapaian cemerlang semua mata pelajaran A+ iaitu seramai 25 pelajar berbanding tahun lalu 11 pelajar, berlaku peningkatan 0.08 peratus

Kuala Nerus muncul sebagai daerah terbaik kerana mencatatkan gred purata 3.92 serta mempunyai bilangan pelajar mendapat semua A yang paling tinggi iaitu sebanyak 5.19 peratus.

Sementara itu, daerah Setiu pula cemerlang dari segi jumlah pelajar yang layak mendapat sijil SPM dengan rekod 97.25 peratus, selain menunjukkan peningkatan keputusan yang paling ketara berbanding tahun lepas. 

Bagi daerah Kuala Terengganu, seramai 72.35 peratus calon berjaya lulus dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Sumber: Harian Metro